Tuesday, June 7, 2016

Pengalaman exam, assessment dan interview PTD 2016 owesome~~~!!

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
sbnrnye en jali saje nak share pengalaman dan tips sepanjang mengharungi cabaran utk jadi PTD ni..yeszaa bukan senang..bak kata jurulatih palapes aku dulu Sjn Amir "Bukan senang nak senang skuadd!!'

1st skali nk ucap terima kasih pada reader yg sudi singgah ke blog aku yang agak dan sgt usang hehehe..maklumla org lama yg xreti blogger.so bila terkenangkan kembali liku2  azab nk jadi PTD ni so aku gagahkan jugalah utk share pengalaman..insha allah ganjaran allah berlipat kali ganda kan..semoga kita semua terpilih.ameennn

semuanya bermula sejak aku memasang niat nk pergi umrah sekitar ogos 2015..masa tu aku n wife berhajat nk ke tanah suci mekah..bila kami berdua dh setuju dan tetapkan tarikh bulan dis 2015 utk ke sana..tup2 wife disahkan hamil.alhamdulillah ya allah sungguh besar nikmat Kau Ya Allah.penantian hampir 3 tahun beb..perancangan allah tu sungguh cantik kan..

nak atau tak kami gagahkan juga ke mekkah..maklumla bini mula2 hamil ni macam2 ragamnya..lemah n xterdaya..kesian tgk dia tp bisik juga kat dia.."ingat,rejeki allah luas..kita ke sana untuk panjangkan syukur pada Dia" terus wife semangat n sehat..hehehe.

ok, aku xmau la citer pasal kt makkah n madinah sbbnya kat sana kalau nk story mmg panjang la  kan! cuma nk gtau sepanjang kt sana mmg aku berdoa n panjangkan syukur atas segala nikmat yang allah kurniakan..masa tawaf n sa'e, aku selalu doa 1)nak baby boy 2) nak jadi PTD tahun dpn (2016) 3)dimurahkan rejeki 4)lain2...ada juga kawan aku yg kirim doa kat sana so aku bacakan la demi kwn baik tu.

okay sekembalinya ke malaysia pada 4 jan 2016,aku pon start keje pd 6 jan 2016,buka emel then dpt emel dr SPA utk duduki exam pada 10 Jan 2016..wowww!! study pon xsempat rasanya tp sondol jelaa..

ohya...bg mereka yg ingin menjadi PTD korang akan melalui 3 fasa penapisan iaitu:
1)exam online
2)assessment
3)temuduga

exam online

pd malam nk jawab exam tu cm biasa la..balik umah abah sebab internet laju tahap dewa..sanggup tu dtg dr sg buloh ke bangi demi exam..exam ni ada 3 paper..1)pengetahuan am 2)daya menyelesaikan masalah 3) intigriti.hehe.keputusan?alhamdulillah!

yahuuu!masa ni bukak email muka mcm biasa je


assessment

ok next aku pon terima email panggilan utk assessment



fuyyooo!! seb baik aku dapat kat INTENGAH shj..ade kawan2 tu dpt smpai ke IKWAS.ada yg INTURA...jauh tu beb kalau nk travel dr kl..emmm syukur...

so hari yg ditunggu pon tiba 17-18 februari 2016..aku siap ambil cuti 2 hari..persiapan rapi aku dh buat..mana tak nya,utk assessment ini calon akan diuji dgn 5 modul:
1)Ujian Kecergasan Asas - beep test,sit up,genggam tangan dan BMI..kalau BMI lebih 29 otomatik dipersilakan balik huhu

2)Exam penulisan BM dan BI- masa ni kami lepas je UKA terus masuk ke dewan utk jwb exam..dh penat belari terus exam tu..fuhh cabaran2x
kalau UKA lps, calon akan dpt sticker mcm ni utk sit down exam


3)Perbincangan kumpulan - pada sebelah malam pula kami dibahagi beberapa kumpulan dan diberikan situasi kapal nak karam..setiap ahli kumpulan diberi watak masing2..so masing2 debatlah sape perlu dikeluarkan segera drpd kapal karamm..antara watak yg ada ialah kapten kapal,jurutera,tukang masak,komando,ibu mengandung,jururawat,ahli bina badan dan ape lg ntah aku dh lupa..
sebelum perbincangan dalam kumpulan bermula


4)pengucapan awam BM dan BI - calon diberi tajuk macam2..hehe..dpt tajuk pd malam sebelumnya iaitu selepas aktiviti perbincangan kumpulan.so lps je dpt tajuk masing2 balik bilik..ada yg rest..ada yg study..mcm2 ragam.

5)group discussion BI - kami dalam 1 kumpulan ada la kot dlm 10 org..panel bagi 1 isu dan tajuk..so masing2 bg idea n debat isu tu..masa tu group aku dpt tajuk "Malaysia towards 2020"


then, lepas tu kami pon balik setelah penat memerah otak selama 2 hari..ada yg tak tido kot utk prepare pengucapan awam dan public speaking..aku?lps je dpt tajuk malam tu aku balik bilik terus tido jam 11pm, bangun pon lewat dalam jam 6.30am..ape pon x study..dpt roomate otai pula tu..dia pon 2 x 5.haha


100k calon duduki exam akan ditapis jadi 6k calon..so drpd 6k calon akn melalui assessment utk ke peringkat temuduga.



so hari keputusan assessment yg ditunggu2 telah pun tiba
lulus!syukur alhamdulillah..!


woww hepinya..terus maklum pada mak abah & wife..ape pon pd masa ni tinggal peringkat temuduga shj..mcm2 boleh jd lps ni..persiapan rapi perlu aku susun n laksanakan.SPA pon keluarkan statistik kekosongan n calon yg dipanggil temuduga


fuyyooo...drpd 6k calon ditapis jadi 2210 orang calon



nak atau tak aku kena la study hard..baca paper tiap pagi tu..asal ada je isu terus study..tepat jam 8pm adalah masa aku mengadap tv3 mengikuti perkembangan terkini hihi..masa ni pelbagai isu timbul..pengeboman di Bassel, isu integriti pegawai KBS songlap 100J dan isu perumahan mampu milik.

aku yakin semua calon yg hadir masa temuduga semua yg power,kacak n fit..maklumlah dorg sume dh lepas assessment kan..so peringkat terakhir adalah peringkat temuduga..

pada hari temuduga

tarikh 1 april 2016 adalah tarikh keramat aku..hehehe..hari penentu setelah pelbagai cabaran dh aku tempuh..waktu ni shj aku perlu buktikan pd diri sendiri utk ubah nasib dan maju dalam karier..yelaa...dh 5 tahun beb aku servis dlm badan berkanun status kontrak..inilah masanya!

doa mak abah n isteri aku percaya sentiasa mnjadi pendorong aku..walaupon pd masa tu, cuak smpai level 10 tp muka kena cool beb..gayya kene 100%.muka confident hehe

pagi tu aku bangun awal jam 4 am..tahajjud-solat hajat dan baca yassin..agar diri ni kuat yakin dan segalanya dipermudahkan..doa dr mak abah dh lama aku pohon agar menjadi peneman aku semasa mengadap si penemuduga

jam 7am dh smpai SPA putrajaya.aku calon yg ke 3..ok la tu xde la tunggu lama sangat nanti kecut perut hehe.

aku percaya panel pon bukan calang2 orang beb..dia dh jumpa beribu ragam manusia..yg menipu,membongak, yg jujur mcm2 la kan..calon akan ditemuduga dgn 2 org panel iaitu panel dr SPA dan seorang lg dr JPA..so panel utama aku adalah TUAN HAJI ONN BIN ABDULLAH dan panel kedua adalah DR. ANNESSE kalau xsilap.

ting tong..nombor aku pon naik..mak aih nervous beb!langkah diteruskan ke bilik panel.

buka je pintu kelihatan 2 orang panel senyum menyambut ku..hehe serius panel aku cool je..muka tenang dan takde pon muka bengis..

1)sila perkenalkan diri anda
2)apa isu semasa yg hangat diperkatakan?apa penyelesaiannya?
  - isu perumahan mampu milik.dimana skrg susah nk dptkan rumah.so aku ckp la gov dlm usaha menyediakan perumahan mampu milik cuma halangan yg tinggal adalah pembiayaan kewangan drpd institusi kewangan..blah3..so aku cadangkan lah perlu ada satu tabung @ dana bagi menampung mereka yg benar2 xlayak buat loan.cukup sekadar menampung deposit.hehe..2 mnggu lps tu idea aku pon keluar kt tv!PM umumkan myDeposit kpd pembeli pertama..wallawehh ahahaha.

3)apa lg isu semasa skrg?apa penyelesaiannya?
 - Isu pegawai KBS songlapkan wang kerajaan 100J!..fuh disini aku bg la beberapa idea yg agak stended mended je. 1)pekerja diwajibkan isytihar harta setiap 3 tahun dan jabatan perlu semak senarai harta pekerja yg telah diisytiharkan.perlu ada team taskforce la kot utk spot check dorang ni. 2)pusing ganti kedudukkan pegawai yg terdedah dgn unsur2 rasuah pd kadar yg tinggi..selalunya kedudukan subvertif pegawai yg hot ni perlu kerap ditukarkan. 3)wujudkan ujian tahap integriti dikalangan penjawat awam setiap hujung tahun..hahaha

4)kalau anda terpilih utk jadi kadet PTD,kementerian mana yg anda pilih utk posting?mengapa?
-soalan favour ni..aku dh agak mesti dia tanya beb..aku yakin semua calon nk posting kem pertahanan la,KPDKK,KPKT, MOHE dan sebagainya..tp aku lain...aku jawab nak posting ke Pej setiausaha kerjaan negeri..kah!!panel pon terdiam...lps tu dia gelak..amboi mahu ke SUK selangor ka tu?maklumlah skrg bertugas di selangor..aku pon ckp la knp aku nk ke SUK....

5)jika anda jadi S/u atau YDP majlis perbandaran klang, apa yg anda ingin lakukan?
-terus aku teringat bos lama aku..haha..skrg jadi s/u di Mjlis perbandaran Klang.masa ni aku xde idea sgt..tp bantuan allah tetibe idea tu dtg xsempat nk rest terus ja ckp 1)saya akan menyediakan pelan strategik Mjlis Pbndaran Klang bg memastikan MPK akan dnaiktaraf menjadi sebuah majlis bandaraya dalam tempoh 3 tahun..blah3....hahaha 2)menyediakan pelan pengurusan risiko yg komprehensif bg memastikan segala bentuk risiko sbg PBT dpt dikuarangkan dan diuruskan dgn baik..3)mcm biasa la..meningkatkan kutipan hasil kutipan PBT

6)dalam PBT,hasil apa yg paling lumayan

panel kedua

7)apakah langkah2 untuk meningkatkan tahap patriotik dikalangan belia?
8)apakah yg dimaksudkan dgn IM4U

soalan last Tn HJ Onn, kenapa esei BI anda lemah.aku pon ckp la sbb apa..sbb pnt kot lps UKA terus sit down exam hihi

*ada lagi beberapa soalan yg aku dah lupa..jawapan aku pon sbnrnya agak pnjg tp straight to the point.

alhamdulillah selesai.xde soalan provok..semua dlm BM.anggaran masa adalah sekitar 30 minit (9.10am - 9.40am).dari segi soalan ditanya oleh penel,jelas sekali isu itu kita sndiri yg akan lontarkan..so beware sebelum menjawab ya!

keluar je dari bilik tu terus aku ajak kawan aku Wak D bukan nama sebenar kat kafe bwh..dia pon sama iv dgn aku cuma panel je lain.so lps je mkn minum,kami pon balik nak kejar solat jumaat pulak lps tu.

sekian,pengalaman drpd exam hingga ke iv..

PERANCANGAN ALLAH ITU SUNGGUH CANTIK






15 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. peh memang berharga pengalaman exam pegawai tadbir diplomatik bro ni...iyelah bukan semua orang nak kongsi cerita macam ni...

    Soalan semasa temuduga tu tak susah pun cuma dia perlukan kematangan kita untuk membuat ulasan berkaitan sesuatu topik atau isu.

    Dan berapa ramai yang tidak berjaya untuk melepasi exam online PTD. semoga bro berjaya diserap masuk menjadi kadet PTD.

    ReplyDelete
  3. Bro, you boleh visualize sikit tak character Tuan Haji Onn Abdullah macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. org nya cool.rilex...xsuka provoke..dia mmg pakar dlm local authority..soalan lbih kpd bgaimana nk tgkatkan hasil PBT

      Delete
  4. so, in the last PTD interview 2016. do you pass it or not?
    because interview for 2017 just around the corner

    ReplyDelete