Wednesday, March 22, 2017

Perkongsian maklumat: Tips menghadapi temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41!

Assalamualaikum dan salam Negaraku#

Sekarang tagline so kene follow la kan..ok kt sini abg jali nk share sikit tips berkenaan dgn persiapan temuduga PTD..tak lama lagi musim temuduga PTD utk tahun 2017.so ramai kawan2 yg pm tanya minta tips n petua…so rasa mcm terpanggil utk berkongsi tips pengalaman temuduga PTD 2016 yang lepas.

Entry sebelum ni abg jali dh story perjalanan dr exam online smpai la interview, tp lupa pulak berkongsi tips nya!okay kat sini ade la sdikit tips utk calon2 di luar sana mnghadapi hari sebenar temuduga. Semoga entry ni jadi rujukan n panduan, apa2 pun rejeki n ketentuan tu dtgnya dr Allah.kita juz usaha shj!

Secara jujurnya pengalaman temuduga abg jali x byk, sebabnya sebelum ni abg jail stay di sebuah agensi kerajaan utk tempoh 5 tahun dan tak kerja lompat2. Cuma ada la cubaan utk keluar ke tempat kerja yg lebih baik.

Persiapan sebelum temuduga.

Yesss…!! Persiapan bukan seminggu dua dik…sememangnya persiapan bertahun n berbulan yakni kita persiap siaga sahsiah, cara komunikasi dgn team members, tackle hati bos, memahami situasi organisasi kerajaan, memahami cabaran sektor awam, belajar peka terhadap sekeliling!
Semua elemen ni abg jali pelajari dr pengalaman2 lps..pengalaman org nk jatuhkan abg jali, bajet kene cantas, bos suka..bos marah hahaha..semua ni tasic knowledge yg x boleh dibeli melainkan pengalaman! Maklumlah abg jali ni bukan kategori org cerdik pandai so kene belajar dr pengalaman n pengamatan sekeliling. utk persiapan temuduga ni persiapan fail & dokumentasi tu penting! Susun dgn kemas u all punya segala macam sijil akademik n kokorikulum.susun dr peringkat sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tertinggi..lps susun tu rajin2 la diri utk tanda @ tag sijil tersebut, buat isi kandungan..ingat, ni cara anda utk menarik perhatian penemuduga! Nk 1000 daya tak mau seribu dalih. Panel tgk pon kita ada usaha n kerajinan luar biasa kan! Ehh..!

Bila susun bab fail ni teringat bg jali mengalami satu masalah nk letak sijil tauliah Yang Dipertuan Agong sebagai pasukan Simpanan ATM yg bersaiz A3..demmm! tetibe je satu sijil ni saiz dia lain haha..yg ni abg juz pegang pakai tgn je.sebabnya xsempat nk tempah folder khas.

Teringat ada sorang kawan tu dia dtg interview pd hari tu segala macam sijil tak disimpan dalam fail, mengejutkan?dia juz pegang pakai tangan je L hahaha…tp pengalaman dia sgt la manis apa yg beliau cuba lakukan dlm masa menunggu giliran dipanggil tu, dia start motor balik rumah amik fail then patah balik ke SPA jln cerderawasih..smpai je kt SPA dengan kalutnya susun sijil dlm fail dlm keadaan berpeluh2…JANGAN CUBA tiru aksi ini..dan beliau BERJAYA dapat masuk kadet PTD! Hebat kan…bukan semua org boleh tiru lagak aksi begini hahahha..mcm abg ckp kuasa Allah segalanya, dan budak tu pun mmg terbaik dlm kalangan terbaik cuma mayb kurang pengalaman dlm menempuh temuduga. Apa pun persiapan penting ye kwn2 semua.

Sepanjang menunggu hari temuduga, abg jali study berkenaan isu semasa..hari2 baca newspaper, online paper..setiap mlm tgk tv (berita tv3).kena alert situasi sekeliling tau! Cara paling sesuai berjumpa n bersembang dgn kwn2 mengenai isu semasa..cari lah kawan yg berilmiah dan bukannya kwn yg suka menyembang kosong haha (utk temuduga jela). Sambil membaca sambil tu cuba pikirkan cara @ jalan terbaik bg menghadapi situasi ketika itu. Waktu tu, perkhidmatan awam digemparkan dengan isu pegawai KBS seleweng wang RM 1 juta, isu Brexit, TPPA dan dh lupe..hahaha.

Sila pastikan CV anda padat dalam 2 muka surat shj..kemas n menceritakan segala perihal u all ya. CV tersebut mestilah nmpak eksklusif dan kemas..gambar yang bewarna n terkini.
Selanjutnya rajin2 lah berdoa pada Allah, minta mak abah tu doakan sekali..kena ingat mak abah ni sebenarnya nikmat Allah yg luas..selagi mereka ada beruntunglah nikmat doa kita diterima masih ada! Rajin2 lah solat hajat, perbetulkan niat mengapa nk join skim PTD ni..suatu hari kita yg akan memimpin so cuba pkir n muhasabah diri…mengapa..mengapa…mengapa ya?

Bab pakaian pula sini ramai calon yg silap.ladies once u are wearing baju kurung so no need to wear blazer together..kita boleh tgk cara pakai Tan Sri Arpah..baju kurung shj kn? Rosak batik Malaysia bila dipakai bersama blazer. Yang lelaki pula, cuba pakai baju kemeja warna pestel tanpa corak…tie yg warnanya cerah..mmg leceh tp tu la penampilan yg kita nk tonjolkan..ada juga kwn2 abg jali beli baju baru demi menempuh temuduga ni..kasut mcm biasa la…kilat smpai Nampak bulan..pakai minyak wangi.

Paling penting cuba selidik siapa panel kita..masa ni panel abg jali adalah Tn Hj Onn (SPA) dan Dr. Annese (JPA)..bab panel ni u all cuba la study dorg sikit ya! Masa ni semua calon agak2 je no panel tu sama seperti no giliran ahli suruhanjaya SPA, rupanya betul! Sebagai contoh abg Jali dpt panel no 06, tp dlm SPA Tn hj onn panel 05. So calon masa tu beranggapan panel 01 tan sri arpah..so kesimpulannya yg lain kene +1 la utk dapatkan panel sebenar. Ilmu tasic ni penting bg ketahui kemana arah soalan panel yg akan bertanya..kebetulan Tn hj Onn adalah bekas DBKU so kene la tahu berkaitan PBT dan kutipan hasil PBT.

Hari temuduga

Pagi hari temuduga cuba bangkit awal, solat hajat n dtg awal..amik sarapan sikit nanti takdelah pucat sgt..call mak abah dlu okay!baca paper  skaliiiiii….

Sampai awal boleh recce surrounding SPA dlu..masa ni abg jali iv di HQ putrajaya..parking dh dapat so panjat la bangunan SPA tu.sambil menunggu tu sempat2 la diri berbual dgn calon lain..masa ni boleh hilangkan nerves n berkongsi sedikit maklumat..pada hari ni kelihatan semuanya segak2 n tampan2! Abg jali percaya yg dtg semua ni dh melepasi assessment n exam yg merupakan saringan ketat! Pada fasa ni 50:50 shj..bergantung pd rejeki n last lap usaha!
No giliran berbunyi..ding dong!! Xsilap abg jali calon ke tiga.
Ok berbalik pd pintu nk masuk iv…ketuk pintu dgn kemas n bagi la salam..minta izin nk masuk ya. Bila dh masuk senyum.
Pada waktu ni level confident anda perlu letak pada tahap 100% tanpa gagal. Duduk lah shingga panel beritahu..pass segala bagai sijil pd panel dgn genggaman kemas..TAK PERLU berjabat tgn kecuali panel yg mnghulur tangan.

Bila dh duduk tu,  pastikan kedudukan kaki selesa.. tak perlu silang kaki…duduk tegak tanpa sandar..postur bdn sgt la penting dlm membina keyakinan diri..masa ni abg jali perasan, dalam beberapa saat (10-13 saat) kedua panel perati tajam keadaan abg jali.
So jawablah dengan tenang, ringkas n padat..tak perlu la smpai ke bulan. Jwb apa yg patot! Pada ketika ini panel akan cuba memahami calon, dimana kekuatan calon semuanya berdasarkan pd latar belakang u all la..masa ini abg perkenalkan diri sebagai student yang mempunyai ilmu tanah hehehe..walau pun abg jali mempunyai 2-3 latar belakang tp cuba focus kpd 1 shj..walaupun abg jali mempunyai pengalaman dalam penguatkuasaan selama 5 tahun dan juga merupakan pasukan Wataniah yg masih aktif namun abg jali cuba alihkan panel kpd kekuatan lain iaitu ijazah sarjana muda pengurusan harta tanah! Abg jali dh tau dah semua ADO di negeri bersekutu adalah terdiri drpd skim PTD, dan abg jali yakin tak ramai yg ada kepakaran n pengkhususan tanah ni.

Walau pun kita dh byk pengalaman even dlm gov or private sektor, ingat lah jgn sesekali meninggi diri dan bercakap besar.biar sijil n tindak tanduk anda menggambarkan semuanya..sijil SBPA dh ceritakan abg jali ada background askar..tp yakin lah mereka tak cari askar Cuma mencari elemen A.S.K.A.R  (attitude, skills, knowledge, adaptability, resilience).

So bila abg jali stress mengenai tanah maka panel SPA ni pon bertanya berkenaan PBT (rujuk entry sebelum ni apa soalan2 nya) Nampak tak? Soalan adalah begantung pd latar belakang yg cuba anda tonjolkan. Then panel kedua pon tanya mengenai “bagaimana cara utk meningkat semangat patrotik dikalangan belia memandang u seorang pasukan simpanan ATM”.semuanya bergantung pd sijil n latar belakang.

Abg jali bernasib baik sbb tak di provoke..bila panel provoke, u all jgn melenting..senyum n cuba jawab dengan penuh diplomasi dan padat..confident tetap pd level 100%..percayala panel just nk tgk kita ni jenis mcm mana je..kalau tak tahu jwpn jawap la dengan jujurnya ‘ patik kurang periksa’ hahahaa.

Jgn buat panel mcm kawan kita..ingat kita temuduga ya..bukan sembang kosong..walaupun u all ada kaitan dgn YB or org kenamaan ke, please3 jgn sebut sama sekali..diharamkan! kita dtg atas kapasiti sndiri..panel semestinya meluat dan pndang negative pd kita!

Bila dipanggil, sahut dgn semangat..ya tuan! Ya Dr. ! (study dlu panel ni gelaran apa ya)
Sepanjang sesi ni, senyumlah walaupun pahit..walaupun cuak level 17. Sebagai penjwat awam, u adalah bakal frontliner yg akan berhadapan dengan segala mcm bentuk masyarakat. Pandang tepat pd biji mata panel..pandang dgn yakin dan semangat sebagai mana kita ingin mengisi kekosongan jwatan tu.

Setelah tamat sesi iv, panel biasanya akan tanya sekiranya anda terplih, kementerian mana yg ingin di tempatkan..so soalan ni agak trick sebenarnya. Jwb la dgn diplomasi, saya tak kesah walau ditempat mana2 Cuma jika diberi pilihan bla la bla..
Dah selesai tu, bangun amik sijil dr tangan panel n terus ke pintu keluar..sebelum last tutup pintu pandanglah last wajah panel n senyumlah.panel masih memerhati sebenarnya.

Selepas temuduga

Sepanjang waktu ni, waktu utk bermuhasabah..n bertawakkal…berdoalah keputusan yg terbaik..yakni apa keputusan lulus atau gagal ianya merupakan terbaik utk kita..tak semestinya lulus menjadi PTD adalah jln terbaik, mngkin ia mndatangkan keburukan masa hadapan..siapa tahu kan? perancangan allah tu baik dan rejekinya luas.

Tu shj tips yg dpt dikongsikan..semoga ianya boleh dijadikan panduan kpd semua calon!











5 comments:

  1. Mantap abg jali, da jd ptd nnt jgn lupe saya

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum en jali..sy akn menduduki peperiksaan online ptd pada 3 nov 2017 ini..ada beberapa kemusykilan di sini..bolehkah sy dapatkan email en..atau en boleh email sy di manjalong2479@gmail.com
    saya harap dpt maklum balas dr en jali

    ReplyDelete
  3. maafkan saya terlewat untuk membaca entry ini ya.apa2 pon gud luck

    ReplyDelete
  4. Kalau maklum tak berjaya temuduga, ada tak kemungkinan2 last minit yg akan maklum, berjaya? Maksud sy status keputusan temuduga bertukar. Sy ada baca diorg cakap pernah terjadi. Mohon penjelasan tuan. Kalau ada, apakah kemungkinan2 tersebut? :-(

    ReplyDelete