Friday, August 24, 2018

apa itu Askar Wataniah (AW)?

Salam Dato/tuan/puan.

Selamat pagi abg jali nk ucapkan pada pembaca tegar ruangan blog ini.agak berabuk dan bersawang rasanya. udah lama abg jali tak menaip memandangkan kekangan kerja berderet tambahan pula kini tengah menanggung kerja M48 buat sementara waktu. Alhamdulillah rejeki Allah nak bagi merasa tanggung kerja kan..kerja melambak..!! haaa tepuukk!.

Ohya, dikesempatan ini abg jali nak ucapkan selamat menyambut Hari raya Eidul Adha pada semua teman2 muslim di luar sana.Hayati setiap pengorbanan orang2 sebelum kita ke atas agama, bangsa dan tanah air..so apa kita punya pengorbanan pulak eh..?tepuk dahi tanya hati..haha.

Tak lupa juga negara kita dah bertukar pimpinan kerajaan. Harapan kita pada pemimpin yang baru ini agar baik2 saja dan mendatangkan keharmonian kita bersama.soal politik kita tolak tepi, janji depa dapat memimpin negara kita terus setara dengan negara2 gah gittu.

Tahniah Tun M dilantik sebagai PM ke 7..umur 93 masih gagah setia!

orait, bila sebut pasal sumbangan dan pengorbanan pada negara ni boleh juga abg jali selitkan mengenai penyertaan dan penglibatan abg jali sepanjang berada dalam pasukan askar Wataniah. bukan apa, entry ni harapnya sedikit sebanyak dapat membantu anak muda kt luar sana tanya amende Askar Wataniah (AW) tu, apa faedahnye, camne nak join, jadi apa kalau dah join nnt?jadi otomen ke wkwkwkw.

Ya!! abg jali join AW dan kini masih aktif sebagai pemegang kad pengenalan Batc20 (kad pengenalan Pegawai dan anggota AW) dari tahun 2008..pejam celik dan 10 tahun huhuhu.

AW ni atau dikenali sebagai TA (territorial Army) tp ada jugak panggil kami ni askar susu..haha bunyi sedih tapi takpela abg jali tak kesah sebab kami tahu takat mana semngat patriotik kami ni. secara jujurnya askar regular pon respect pada "askar susu" ni kerana sanggup bekorban masa tenaga kepada negara walaupon kami sudah pon ada kerja hakiki..sanggup berpeluh dan kotor tangan demi mempertahankan benteng negara sekiranya perlu. 

Dulu AW ni dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD), rasanya lg syok guna PSTD terpampang kt baju loreng tu kan..ada gayya..tp kita terima jela pucuk pimpinan ATM buat pembaharuan. yang xsyoknya, makin kurang digelar AW sebabnya kami sinonim dengan gelaran Askar Sukarela..makin lama makin x aumm kan?!

Tak banyak entry yg menceritakan AW ni kerana ada perkara abg jali x boleh share disini spt organisasi dan pergerakan.nak tahu lebih boleh la join kami hehe.

Sejarah penubuhan AW


meh abg jali share skit sejarah AW

Tahun 1861- Penubuhan Penang volunteer
Tahun 1902- penubuhan Malay State Volunteer Rifle (MSVR) di negeri2 bersekutu
                   - Federated Malay States Volunteer Rifle (FMSVF)
                   - Unfederated Malay  State volunteer (UNFMSV)
                   - Straits Settlement Volunteer Force (SSVF)

Tahun 1948- Pasukan kawalan Kampung
1 Jun 1958 - Askar Wataniah.




p/s: baju loreng dulu lagi cantik dan gah..pandangan abg jali ler.


Kalo u ols nak tahu AW ni berperanan dalam memberi bantu-ganti (augment) askar regular di masa darurat atau perang. AW juga bantu dalam Operasi keselamatan dlm negeri dan bantu dalam pengurusan bencana.

mesti u ols penah dengar 10 Ramd, 11 rrd kan? tu namanya batalion mereka..AW pula lain sikit.dia diletakkan dalam siri 500..contoh rej 501 di johor, rej 502 di selangor. so AW pon ada pentadbiran sendiri yang disokong/dibantu oleh askar regular! ya, walaupun AW askar simpanan tp mereka ada pentadbiran sendiri 24/7 yg beroperasi dibantu oleh pasukan askar tetap hehe..

p/s:dalam perang AW bantu askar tetap, dalam masa sama depa pon tolong pentadbiran AW..saling tolong menolong chorr!

Kalau nk tulis mngenai AW ni mmg panjang risau u ols xbaca haha cukupla sekadar yg penting.hrpnya abg jali tak terlepas apa yg sulit disini.ameen!

Dalam AW ada unit2 nya termasukla unit tempur, unit pakar dll..ya kami ada unit pakar.bagus dan unik unit pakar ni..depa ni terdiri daripada mereka yg profesional dan mempunyai tugas hakiki di kawasan sasaran penting( SP).contohnya jurutera ktm jaga landasan train dan arkitek JKR yang jaga empangan..so empangan, laluan train yang dianggap SP ni merupakan aset kita. sbb tu org awam yg bekerja di SP ni dialukan join AW, elaun mereka pon lain sikit..yela pakar kan!.

unit pakar ni jaga pos2 penting negara..kalau musuh dtg sasaran ni akan jd keutamaan mereka. gambar hiasan!

cukup takat ni share mengani unit yang ada dlm AW ni..ada 4 unit rasanya tp xperlu cerita sini sbb abg jali bukan jenis sembang kari haha..(P&C).

Bila kita p jalan2 mana trjumpa mat terap (askar) kita nmpak kt loreng dia terpampang Wataniah, ok tuan2 rilex tak perlu judge dia askar susu ka apa..boleh jadi Wataniah ni askar tetap..ya! totap!..mereka ni asalnya askar sukarela AW then mereka join masuk Askar kerahan dan bertugas spenuhnya bersama ATM mcm askar2 tetap lain..unit di baju tu tak boleh ubah sehingga la mereka diserap ke unit Rejimen Sempadan!

ni skuad abg jali dulu..xsilap abg jali seramai 77 orang selamat tauliah 


dalam askar pegawai dan anggota ibarat 2 darjat yang berlainan ya..gelaran dan pangkat amat2 lah dipandang berat dan x boleh silap beb.PM-Prebet-Lpkl-Kpl-Sjn-Ssjn-PW2-PW1 ni semua adalah lain-lain pangkat LLP dengan kata lain anggota la..kalau pegawai dia mula dari Lt.M-Lt-Kapt-Mej-Lt. col-Col-Bgd Jen-Lt. Jen-Mej Jen-Jeneral..yayayayay!


Camna nak Join AW ni?

ok ni panjang sikit,abg jali cuba ketotkan. nk join AW bagi pegawai ada 2 cara..1st melalui skim Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dulu2 dipanggil ROTU. ROTU ni hanya ditawarkan di IPTA terpilih shj..dimana pelajar2 ipta ni sambil belajar sambil tu join kadet wataniah selamat 3 tahun beb..yayayaya 3 tahun hgpa sengsara kekeke..senin to jumaat kelas, sabtu dan ahad latihan wataniah di dalam ipta tu jga..jika u ols perasan ipta yg ada rotu ni ada bangunan dan hostel sendiri.selalu bangunan depa hujung2 dkt hutan..hujung2 smpai org awam xnmpak..bukan apa,senang sikit nk lanyak kadet rotu ni..org awam kalo ternampak tu gayya rotu training nt pkir kami kena seksa pulak hahaha.



ni antara mandi pagi untuk kadet rotu..gambar skuad abg jali ni dlu.sorang mengantuk,semua kena rendam.bau kita semua sama kan!


so setelah melalui liku2 onak duri selama 3 tahun maka kadet rotu akan ditauliahkan oleh Yang Dipertuan Agong (YDPA)! bukan panglima tauliah pegawai AW ye.ingat tu!

cara kedua nak jadi pegawai AW ni boleh melalui dari anggota bawahan LLP dan melalui beberapa kursus hingga la ditauliah kan jd pegawai oleh YDPA.selalunya pegawai2 yg tauliah dari laluan ini dipanggil PO (pre officer). laluan ni panjang skit dan skrg ni abg jali dipahamkan untuk laluan kedua ni makin sukar yg amat sbbnya bg laluan kepada pegawai2 rotu.


Pegawai2 dr PO ni selalunya dlu mungkin belajar dr IPT oversea ke..ataupon IPT xde rotu, atau pon pegawai tu dulu belajar buat degree secara Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ)..untuk PJJ, student xdtawarkan untuk join rotu ye. golongan ni syaratnya perlu dah pakai pangkat Koperal dan menjalani kurus PO Bakal Pegawai selama sebulan..dah lepas syarat asas semua (BMI semua termasukla) baru p temuduga dengan Panglima.yang berjaya dapatlah ditauliahkan pegawai..cuma group PO ni xmacam group rotu sbb depa ditauliahkan hanya mendapat watikah YDPA shj manakala rotu ada perbarisan pentauliahan YDPA! beza kan?

sbb tu kita boleh nmpak ada beza pegawai AW dari rotu dan PO dari segi karakter dan tingkah lakunya..abg jali yg rasa begitu, xpasti pula tuan2 yg lain..mana taknya rotu hidup 3 tahun sbg kadet..bangun pagi sampai nk lelap mata dunia sbg kadet askar..hostel rotu pon khas sebelah bangunan pentadbiran rotu..cuak beb sekali jurulatih lalu ada bau2 rimau cmtu!

antara koleksi gambar pentauliahan kadet rotu

pentauliahan kadet rotu 2018..buat kat USM penang..tahniah semua..welcome to officer club!


ni gambar skuad abg jali setelah tamat tauliah kami bergambor la. ce cari mana abg jali.

so daripada skuad abg jali yg selamat tauliah pada tahun 2011, daripada 77 orang rasanya kini abg jali seorang shj yang masih gagah setia meneruskan khidmat sebagai pasuka simpanan..seorang kawan tu lg jiwa kental kot, dia join askar regular terus!ya join askar regular terus melalui skim GO (graduate officer).skim ni khas utk org awam yg ada pendidikan diperlukan oleh ATM then diserap masuk ke askar regular..maka abg jali dan kawan sorg ni masih berada dalam pemakaian loreng hingga la kini.

knp 2 org je bos?sebab apa ek..sebab kekangan waktu!komitmen!keluarga! yayaya elemen2 yg menyebabkan ramai pegawai2 tauliah rotu ni dh x aktif dan tak dapat teruskan perjuangan mereka dlm AW..tp abg jali yakin2 kwn2 yg x dpt sambung perkhidmatan AW bukan la bermaksud mereka pengecut dan tak minat..mereka tetap ada semangat patriotik tu cuma kerja hakiki yang dan komitmen lain membataskan mereka utk terus aktif.

bukan senang u ols..nk sambung kuasa dlm AW ni kena patuh syarat2nya untuk trus aktif ya..BMI badan kena jaga dsb!

Latihan dalam AW

dalam AW ni ada 4 jenis latihan iaitu :
1. Latihan tempatan - yang ni pasukan akan tentukan dalam jadual perancangan tahunan.latihan ni selalu diadakan pada Sabtu Ahd atau hari cuti umum yg ramai anggota boleh join.
latihan ni dalam setahun ada 240 jam.kadang2 pasukan aturkan latihan ni 2 minggu sekali iaitu melibatkan sabtu dan ahad.

2.Latihan Berterusan- latihan ni dijalankan secara berterusan selama 3-7 hari dan ia dijalankan 2kali setahun.namun ia bergantung pada pentadbiran pasukan.latihan ni bersifat flexible ikut kesesuai sambutan.maklumla semua ada komitmen sendiri kan!

3. Latihan Kem Tahunan- ni latihan kemuncak tahunan.dilaksanakan direct 15 hari. selalunya aktiviti LKT ni seronok kerana melibatkan eksesais yg mencabar..ia melibatkan kawasan di kem dan dalam medan.

p/s:abg jali lebih rela latihan medan dari kem..sejuk tu

4.Latihan Unit Pakar- yang ni abg jali xmau huraikan.kekekeke

ni makanan bese2 je..kami panggil pra support..padahal front support

Insentif dan kemudahan AW

1. Elaun Latihan Tempatan (pegawai RM7.80/jam dan LLP RM5.80/jam)
2. Elaun Latihan Berterusan dan Kem Tahunan (ini ikut tangga gaji mecam gomen)
3. Saguhati Tahunan (Bounti)- elaun ni RM580 (hadir penuh latihan), RM 390 (hadir latihan 240 jam 
     -379 jam)
4. Elaun Perjalanan (nk datang latihan pon boleh claim milage)
5. Rangsum Percuma (Sajian Latihan)
6. Pakaian Seragam (Pegawai dapat rm250 setahun, rm1500 untuk beli baju istiadat setiap 5 
    tahun/anggota percuma)
7. Bayaran Insentif Semenanjung dan Sabah/Sarawak
8. Elaun Tamat Penugasan Mobilasi (ETPM)
9. Perlindungan Perubatan
10. Layak Mendapat Ex-Gratia Bencana Kerja Perkhidmatan


latihan khemah tahunan tahun 2017 kalau xsilap..baru lepas menembak cicak di lapang sasar.


aksi abg jali dalam persiapan bilik OPs

last persiapan sebelum baca perintah amaran

masa ni abg jali join latihan menembak..guna 5.56mm..org town panggil m16.kami AW ni setiap tahun mesti dpt menembak...20 butir komfem!

Kursus yang ditawarkan bagi AW

uish..sebut kursus senak perut abg jali hahaha..bila dh tauliah pakai pangkat Leftenan Muda tu bukan beerti tamatla segala latihan dan tggu tahun naik pangkat sehelai2..bukan begitu chor..!ada kursus yg perlu dihadapi sebagai laluan kerjaya dan karier.

untuk AW semua kursus asas boleh join sekali dgn askar tetap..jika ada tawaran dari unit tetap lain, maka AW berpeluang join skali spt kursus risik, payung terjung dsb..namun selama abg jali join AW ni jarang kawan2 AW join kursus dgn anggota tetap..sbb geng sekepala xde kot!kursus2 ni bukan la kewajipan utk satu2 pegawai tu dinaikkan pangkat namun ia cuma menimba ilmu yg xkan dapat di dunia awam tu.

Mej Norhaida a.k.a Mej combat..dulu masa dia bujang tu mak aih serram tgk dia ni..skrg dh kawen dia jd perempuan dah..ni antara pegawai kenalan yg sy betui kenal pakai sayap tu


AW juga setiap tahun berpeluang menjalankan eksesais dgn askar luar. gambar ni Lt. Nazran menyertai Eksesais Taiha Tombak tahun 2016 bersama askar Australia dalam Latihan Berterusan AW

p/s:bila agaknya abg jali dpt join eks dgn askar luar ek?hati kena ketum dlu.




baik abg jali akan terangkan kursus bagi kenaikan pangkat PEGAWAI shj ok..nk cerita kursus LLP (anggota bawahan) pnjg skit.

Leftenan Muda (LtM)- (ROTU/PO)
I
Kursus Ketua Platun
Kursus Senjata bantuan
2 tahun pakai LtM
I
Leftenan (Lt.)
I
Kursus Staf dan Taktik (G3)
4 tahun pakai Lt.
I
Kapten (Kapt)
I
Kursus Ketua Kompeni
5 tahun pakai Kapt.
I
Mejar (Mej)
Kursus Pegawai Kanan
6 tahun pakai Mej
I
Leftenan Kolonel (Lt. Kol)
2 tahun pakai Lt. Kol
I
Kolonel
1 tahun pakai Kol
I
Brigadier Jeneral (Brig Jen)


Semua kursus AW ni hanyalah 2 minggu ya..dulu tahun 2011 semua kursus ni berlangsung sebulan..mayb disebabkan tempoh sebulan tu lama dan xdapat sambutan dari pegawai2 AW.


gambar ni diambil masa abg jali selesai latihan medan kursus Ketua Platun..kursus ni paling ketum sekali..mati idop semula pon xmau dh dtg kursus KP ni..kursus ni gak dikenal sebagai kursus YO..(young officer).lokasi sekitar perak.

kursus KP masa ni masuk liputan utusan..terima kasih Kapt. Nazrin atas ilmu yg dikongsi. tuan ibarat rimau dh abes kursus mcm rimau xde kuku pulak. abg jali mana tu..tido ka apa.dh seminggu xmandi chorr!





Kursus Senjata Bantuan (SB).kursus ni syok sikit sebabnya kurang sikit seksa daripada kursus KP. setiap penuntut berpeluang mengendalikan senjata berat bantuan seperti 84mm carl gustav, 60mm mortar, 80mm mortar, 7.62mm gpmg.


member tgh present salah 1 senjata bantuan.kene lukis tau then present cmna alat tu bekerja hehehe


tadaaa..lukisan 1 malam


dah lukis present bagai..time utk demonstrasi..penuntut kena present gimik cmna nk menembak..present dpn kawan2 dan jurulatih ya


gayyaa!!buddy masa kursus SB..sekarang dah tak teruskan dlm AW ni.sedih gugurnya sebutir intan dlm AW

p/s:abg jali xtahu smpai bila boleh bertahan dalam AW ni

abg jali banjer sekeping je..masa ni tgh tutorial.berat menatang ni

alhamdulillah! abg jali selamat menamatkan 2 kursus dalam tempoh 2 tahun..bagi seorang pegawai muda, kursus ini mcm ujian utk uji tahap ilmu ketenteraan kita. maka lepas la syarat utk pemakaian pangkat ke Leftenan penuh hihihi

nak naik pangkat bukan senang ye adik2..even u ols dh ckup kursus dan cukup haul x semestinya akan dinaikkan pangkat terus..pemakaian pangkat adalah berdasarkan kecemerlangan kita dan sumbangan kpd pasukan..nama pon dimaju dan disokong oleh pegawai atasan!

Kenaikan pangkat

alhamdulillah abg jali diberi kepercayaan utk memakai pangkat pada tahun 2015..upacara rasmi dilakukan pada 2016.tabah tempuh perit getir bukan senang..komitmen tu penting..minat dan juga darah satria!

tadaa..persiapan utk pemakaian pangkat. gmbar diambil pada 20 Mac 2016


masa ni 3 orang pegawai dinaikkan pangkat mejar dan 2 pegawai dinaikkan pangkat Leftenan

biasenya dh naik pangkat mesti disusuli dengan aktiviti sakat menyakat..haha..yela kita dh dinaikkan pangkat so ada ler majlis x rasmi utk diraikan bersama kwn2..mcm banjer makan ke karoke ke..tp ada juga jenis yg kt bawah ni..

masa ni majlis kenaikan pangkat anggota bawahan..depa cakap panas kita bg sejuk sikit

ok u ols..rasanya sampai sini je kot perkongsian abg jali mengenai AW..abg jali nk ulang semula ya, tak semua abg jali kongsi disini ckup la sekadar gambaran kasar apa tu AW, aktiviti dan pengorbanan kami..hrp di luar sana mari la join sama2 kita sumbangkan sesuatu pd negara..esok lusa darurat AW juga akan dikerah.

abg jali pon x pasti sampai bila boleh bertahan aktif dalam AW ni memandangkan kekangan kerja yg menimbun dan keluarga..kenalan dlm AW ni silih berganti..yg dah tamat perkhidmatan abg jali masih ingt dlm ingatan agar ukhwah persahabatan kita kekal selamanya.

12 comments:

  1. nice & informative.
    terima kasih atas entry ni..

    ReplyDelete
  2. Salam,Kalau dah graduate dari ROTU, nak apply kerahan tu Susah Tak atau competitive?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila seorang tu nk join kerahan dia mestilah mohon tru unit masing2 dan menjalani tapisan dan ujian..nk jd mohon kerahan pon kena dapat bless dr pasukan dlu

      Delete
    2. bila seorang tu nk join kerahan dia mestilah mohon tru unit masing2 dan menjalani tapisan dan ujian..nk jd mohon kerahan pon kena dapat bless dr pasukan dlu

      Delete
    3. Ada had umur Tak bagi yang nak join pegawai kerahan?

      Delete
    4. 27tahun dan ke bwh pd tarikh permohonan.

      Delete
  3. Dari segi rabun masih diberi pertimbangan ke untuk wataniah ni

    ReplyDelete
  4. Kursus AW ni dua minggu je ke?

    ReplyDelete
  5. kursus KP da jadi sebulan balik Sir 🤧

    ReplyDelete
  6. Apa soalan yang ditanya semasa temuduga untuk sambung tarikh tamat perkhidmatan ttp?

    ReplyDelete
  7. Baru daftar tadi dekat PPV WTCKL

    ReplyDelete