Friday, August 24, 2018

apa itu Askar Wataniah (AW)?

Salam Dato/tuan/puan.

Selamat pagi abg jali nk ucapkan pada pembaca tegar ruangan blog ini.agak berabuk dan bersawang rasanya. udah lama abg jali tak menaip memandangkan kekangan kerja berderet tambahan pula kini tengah menanggung kerja M48 buat sementara waktu. Alhamdulillah rejeki Allah nak bagi merasa tanggung kerja kan..kerja melambak..!! haaa tepuukk!.

Ohya, dikesempatan ini abg jali nak ucapkan selamat menyambut Hari raya Eidul Adha pada semua teman2 muslim di luar sana.Hayati setiap pengorbanan orang2 sebelum kita ke atas agama, bangsa dan tanah air..so apa kita punya pengorbanan pulak eh..?tepuk dahi tanya hati..haha.

Tak lupa juga negara kita dah bertukar pimpinan kerajaan. Harapan kita pada pemimpin yang baru ini agar baik2 saja dan mendatangkan keharmonian kita bersama.soal politik kita tolak tepi, janji depa dapat memimpin negara kita terus setara dengan negara2 gah gittu.

Tahniah Tun M dilantik sebagai PM ke 7..umur 93 masih gagah setia!

orait, bila sebut pasal sumbangan dan pengorbanan pada negara ni boleh juga abg jali selitkan mengenai penyertaan dan penglibatan abg jali sepanjang berada dalam pasukan askar Wataniah. bukan apa, entry ni harapnya sedikit sebanyak dapat membantu anak muda kt luar sana tanya amende Askar Wataniah (AW) tu, apa faedahnye, camne nak join, jadi apa kalau dah join nnt?jadi otomen ke wkwkwkw.

Ya!! abg jali join AW dan kini masih aktif sebagai pemegang kad pengenalan Batc20 (kad pengenalan Pegawai dan anggota AW) dari tahun 2008..pejam celik dan 10 tahun huhuhu.

AW ni atau dikenali sebagai TA (territorial Army) tp ada jugak panggil kami ni askar susu..haha bunyi sedih tapi takpela abg jali tak kesah sebab kami tahu takat mana semngat patriotik kami ni. secara jujurnya askar regular pon respect pada "askar susu" ni kerana sanggup bekorban masa tenaga kepada negara walaupon kami sudah pon ada kerja hakiki..sanggup berpeluh dan kotor tangan demi mempertahankan benteng negara sekiranya perlu. 

Dulu AW ni dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD), rasanya lg syok guna PSTD terpampang kt baju loreng tu kan..ada gayya..tp kita terima jela pucuk pimpinan ATM buat pembaharuan. yang xsyoknya, makin kurang digelar AW sebabnya kami sinonim dengan gelaran Askar Sukarela..makin lama makin x aumm kan?!

Tak banyak entry yg menceritakan AW ni kerana ada perkara abg jali x boleh share disini spt organisasi dan pergerakan.nak tahu lebih boleh la join kami hehe.

Sejarah penubuhan AW


meh abg jali share skit sejarah AW

Tahun 1861- Penubuhan Penang volunteer
Tahun 1902- penubuhan Malay State Volunteer Rifle (MSVR) di negeri2 bersekutu
                   - Federated Malay States Volunteer Rifle (FMSVF)
                   - Unfederated Malay  State volunteer (UNFMSV)
                   - Straits Settlement Volunteer Force (SSVF)

Tahun 1948- Pasukan kawalan Kampung
1 Jun 1958 - Askar Wataniah.




p/s: baju loreng dulu lagi cantik dan gah..pandangan abg jali ler.


Kalo u ols nak tahu AW ni berperanan dalam memberi bantu-ganti (augment) askar regular di masa darurat atau perang. AW juga bantu dalam Operasi keselamatan dlm negeri dan bantu dalam pengurusan bencana.

mesti u ols penah dengar 10 Ramd, 11 rrd kan? tu namanya batalion mereka..AW pula lain sikit.dia diletakkan dalam siri 500..contoh rej 501 di johor, rej 502 di selangor. so AW pon ada pentadbiran sendiri yang disokong/dibantu oleh askar regular! ya, walaupun AW askar simpanan tp mereka ada pentadbiran sendiri 24/7 yg beroperasi dibantu oleh pasukan askar tetap hehe..

p/s:dalam perang AW bantu askar tetap, dalam masa sama depa pon tolong pentadbiran AW..saling tolong menolong chorr!

Kalau nk tulis mngenai AW ni mmg panjang risau u ols xbaca haha cukupla sekadar yg penting.hrpnya abg jali tak terlepas apa yg sulit disini.ameen!

Dalam AW ada unit2 nya termasukla unit tempur, unit pakar dll..ya kami ada unit pakar.bagus dan unik unit pakar ni..depa ni terdiri daripada mereka yg profesional dan mempunyai tugas hakiki di kawasan sasaran penting( SP).contohnya jurutera ktm jaga landasan train dan arkitek JKR yang jaga empangan..so empangan, laluan train yang dianggap SP ni merupakan aset kita. sbb tu org awam yg bekerja di SP ni dialukan join AW, elaun mereka pon lain sikit..yela pakar kan!.

unit pakar ni jaga pos2 penting negara..kalau musuh dtg sasaran ni akan jd keutamaan mereka. gambar hiasan!

cukup takat ni share mengani unit yang ada dlm AW ni..ada 4 unit rasanya tp xperlu cerita sini sbb abg jali bukan jenis sembang kari haha..(P&C).

Bila kita p jalan2 mana trjumpa mat terap (askar) kita nmpak kt loreng dia terpampang Wataniah, ok tuan2 rilex tak perlu judge dia askar susu ka apa..boleh jadi Wataniah ni askar tetap..ya! totap!..mereka ni asalnya askar sukarela AW then mereka join masuk Askar kerahan dan bertugas spenuhnya bersama ATM mcm askar2 tetap lain..unit di baju tu tak boleh ubah sehingga la mereka diserap ke unit Rejimen Sempadan!

ni skuad abg jali dulu..xsilap abg jali seramai 77 orang selamat tauliah 


dalam askar pegawai dan anggota ibarat 2 darjat yang berlainan ya..gelaran dan pangkat amat2 lah dipandang berat dan x boleh silap beb.PM-Prebet-Lpkl-Kpl-Sjn-Ssjn-PW2-PW1 ni semua adalah lain-lain pangkat LLP dengan kata lain anggota la..kalau pegawai dia mula dari Lt.M-Lt-Kapt-Mej-Lt. col-Col-Bgd Jen-Lt. Jen-Mej Jen-Jeneral..yayayayay!


Camna nak Join AW ni?

ok ni panjang sikit,abg jali cuba ketotkan. nk join AW bagi pegawai ada 2 cara..1st melalui skim Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dulu2 dipanggil ROTU. ROTU ni hanya ditawarkan di IPTA terpilih shj..dimana pelajar2 ipta ni sambil belajar sambil tu join kadet wataniah selamat 3 tahun beb..yayayaya 3 tahun hgpa sengsara kekeke..senin to jumaat kelas, sabtu dan ahad latihan wataniah di dalam ipta tu jga..jika u ols perasan ipta yg ada rotu ni ada bangunan dan hostel sendiri.selalu bangunan depa hujung2 dkt hutan..hujung2 smpai org awam xnmpak..bukan apa,senang sikit nk lanyak kadet rotu ni..org awam kalo ternampak tu gayya rotu training nt pkir kami kena seksa pulak hahaha.



ni antara mandi pagi untuk kadet rotu..gambar skuad abg jali ni dlu.sorang mengantuk,semua kena rendam.bau kita semua sama kan!


so setelah melalui liku2 onak duri selama 3 tahun maka kadet rotu akan ditauliahkan oleh Yang Dipertuan Agong (YDPA)! bukan panglima tauliah pegawai AW ye.ingat tu!

cara kedua nak jadi pegawai AW ni boleh melalui dari anggota bawahan LLP dan melalui beberapa kursus hingga la ditauliah kan jd pegawai oleh YDPA.selalunya pegawai2 yg tauliah dari laluan ini dipanggil PO (pre officer). laluan ni panjang skit dan skrg ni abg jali dipahamkan untuk laluan kedua ni makin sukar yg amat sbbnya bg laluan kepada pegawai2 rotu.


Pegawai2 dr PO ni selalunya dlu mungkin belajar dr IPT oversea ke..ataupon IPT xde rotu, atau pon pegawai tu dulu belajar buat degree secara Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ)..untuk PJJ, student xdtawarkan untuk join rotu ye. golongan ni syaratnya perlu dah pakai pangkat Koperal dan menjalani kurus PO Bakal Pegawai selama sebulan..dah lepas syarat asas semua (BMI semua termasukla) baru p temuduga dengan Panglima.yang berjaya dapatlah ditauliahkan pegawai..cuma group PO ni xmacam group rotu sbb depa ditauliahkan hanya mendapat watikah YDPA shj manakala rotu ada perbarisan pentauliahan YDPA! beza kan?

sbb tu kita boleh nmpak ada beza pegawai AW dari rotu dan PO dari segi karakter dan tingkah lakunya..abg jali yg rasa begitu, xpasti pula tuan2 yg lain..mana taknya rotu hidup 3 tahun sbg kadet..bangun pagi sampai nk lelap mata dunia sbg kadet askar..hostel rotu pon khas sebelah bangunan pentadbiran rotu..cuak beb sekali jurulatih lalu ada bau2 rimau cmtu!

antara koleksi gambar pentauliahan kadet rotu

pentauliahan kadet rotu 2018..buat kat USM penang..tahniah semua..welcome to officer club!


ni gambar skuad abg jali setelah tamat tauliah kami bergambor la. ce cari mana abg jali.

so daripada skuad abg jali yg selamat tauliah pada tahun 2011, daripada 77 orang rasanya kini abg jali seorang shj yang masih gagah setia meneruskan khidmat sebagai pasuka simpanan..seorang kawan tu lg jiwa kental kot, dia join askar regular terus!ya join askar regular terus melalui skim GO (graduate officer).skim ni khas utk org awam yg ada pendidikan diperlukan oleh ATM then diserap masuk ke askar regular..maka abg jali dan kawan sorg ni masih berada dalam pemakaian loreng hingga la kini.

knp 2 org je bos?sebab apa ek..sebab kekangan waktu!komitmen!keluarga! yayaya elemen2 yg menyebabkan ramai pegawai2 tauliah rotu ni dh x aktif dan tak dapat teruskan perjuangan mereka dlm AW..tp abg jali yakin2 kwn2 yg x dpt sambung perkhidmatan AW bukan la bermaksud mereka pengecut dan tak minat..mereka tetap ada semangat patriotik tu cuma kerja hakiki yang dan komitmen lain membataskan mereka utk terus aktif.

bukan senang u ols..nk sambung kuasa dlm AW ni kena patuh syarat2nya untuk trus aktif ya..BMI badan kena jaga dsb!

Latihan dalam AW

dalam AW ni ada 4 jenis latihan iaitu :
1. Latihan tempatan - yang ni pasukan akan tentukan dalam jadual perancangan tahunan.latihan ni selalu diadakan pada Sabtu Ahd atau hari cuti umum yg ramai anggota boleh join.
latihan ni dalam setahun ada 240 jam.kadang2 pasukan aturkan latihan ni 2 minggu sekali iaitu melibatkan sabtu dan ahad.

2.Latihan Berterusan- latihan ni dijalankan secara berterusan selama 3-7 hari dan ia dijalankan 2kali setahun.namun ia bergantung pada pentadbiran pasukan.latihan ni bersifat flexible ikut kesesuai sambutan.maklumla semua ada komitmen sendiri kan!

3. Latihan Kem Tahunan- ni latihan kemuncak tahunan.dilaksanakan direct 15 hari. selalunya aktiviti LKT ni seronok kerana melibatkan eksesais yg mencabar..ia melibatkan kawasan di kem dan dalam medan.

p/s:abg jali lebih rela latihan medan dari kem..sejuk tu

4.Latihan Unit Pakar- yang ni abg jali xmau huraikan.kekekeke

ni makanan bese2 je..kami panggil pra support..padahal front support

Insentif dan kemudahan AW

1. Elaun Latihan Tempatan (pegawai RM7.80/jam dan LLP RM5.80/jam)
2. Elaun Latihan Berterusan dan Kem Tahunan (ini ikut tangga gaji mecam gomen)
3. Saguhati Tahunan (Bounti)- elaun ni RM580 (hadir penuh latihan), RM 390 (hadir latihan 240 jam 
     -379 jam)
4. Elaun Perjalanan (nk datang latihan pon boleh claim milage)
5. Rangsum Percuma (Sajian Latihan)
6. Pakaian Seragam (Pegawai dapat rm250 setahun, rm1500 untuk beli baju istiadat setiap 5 
    tahun/anggota percuma)
7. Bayaran Insentif Semenanjung dan Sabah/Sarawak
8. Elaun Tamat Penugasan Mobilasi (ETPM)
9. Perlindungan Perubatan
10. Layak Mendapat Ex-Gratia Bencana Kerja Perkhidmatan


latihan khemah tahunan tahun 2017 kalau xsilap..baru lepas menembak cicak di lapang sasar.


aksi abg jali dalam persiapan bilik OPs

last persiapan sebelum baca perintah amaran

masa ni abg jali join latihan menembak..guna 5.56mm..org town panggil m16.kami AW ni setiap tahun mesti dpt menembak...20 butir komfem!

Kursus yang ditawarkan bagi AW

uish..sebut kursus senak perut abg jali hahaha..bila dh tauliah pakai pangkat Leftenan Muda tu bukan beerti tamatla segala latihan dan tggu tahun naik pangkat sehelai2..bukan begitu chor..!ada kursus yg perlu dihadapi sebagai laluan kerjaya dan karier.

untuk AW semua kursus asas boleh join sekali dgn askar tetap..jika ada tawaran dari unit tetap lain, maka AW berpeluang join skali spt kursus risik, payung terjung dsb..namun selama abg jali join AW ni jarang kawan2 AW join kursus dgn anggota tetap..sbb geng sekepala xde kot!kursus2 ni bukan la kewajipan utk satu2 pegawai tu dinaikkan pangkat namun ia cuma menimba ilmu yg xkan dapat di dunia awam tu.

Mej Norhaida a.k.a Mej combat..dulu masa dia bujang tu mak aih serram tgk dia ni..skrg dh kawen dia jd perempuan dah..ni antara pegawai kenalan yg sy betui kenal pakai sayap tu


AW juga setiap tahun berpeluang menjalankan eksesais dgn askar luar. gambar ni Lt. Nazran menyertai Eksesais Taiha Tombak tahun 2016 bersama askar Australia dalam Latihan Berterusan AW

p/s:bila agaknya abg jali dpt join eks dgn askar luar ek?hati kena ketum dlu.




baik abg jali akan terangkan kursus bagi kenaikan pangkat PEGAWAI shj ok..nk cerita kursus LLP (anggota bawahan) pnjg skit.

Leftenan Muda (LtM)- (ROTU/PO)
I
Kursus Ketua Platun
Kursus Senjata bantuan
2 tahun pakai LtM
I
Leftenan (Lt.)
I
Kursus Staf dan Taktik (G3)
4 tahun pakai Lt.
I
Kapten (Kapt)
I
Kursus Ketua Kompeni
5 tahun pakai Kapt.
I
Mejar (Mej)
Kursus Pegawai Kanan
6 tahun pakai Mej
I
Leftenan Kolonel (Lt. Kol)
2 tahun pakai Lt. Kol
I
Kolonel
1 tahun pakai Kol
I
Brigadier Jeneral (Brig Jen)


Semua kursus AW ni hanyalah 2 minggu ya..dulu tahun 2011 semua kursus ni berlangsung sebulan..mayb disebabkan tempoh sebulan tu lama dan xdapat sambutan dari pegawai2 AW.


gambar ni diambil masa abg jali selesai latihan medan kursus Ketua Platun..kursus ni paling ketum sekali..mati idop semula pon xmau dh dtg kursus KP ni..kursus ni gak dikenal sebagai kursus YO..(young officer).lokasi sekitar perak.

kursus KP masa ni masuk liputan utusan..terima kasih Kapt. Nazrin atas ilmu yg dikongsi. tuan ibarat rimau dh abes kursus mcm rimau xde kuku pulak. abg jali mana tu..tido ka apa.dh seminggu xmandi chorr!





Kursus Senjata Bantuan (SB).kursus ni syok sikit sebabnya kurang sikit seksa daripada kursus KP. setiap penuntut berpeluang mengendalikan senjata berat bantuan seperti 84mm carl gustav, 60mm mortar, 80mm mortar, 7.62mm gpmg.


member tgh present salah 1 senjata bantuan.kene lukis tau then present cmna alat tu bekerja hehehe


tadaaa..lukisan 1 malam


dah lukis present bagai..time utk demonstrasi..penuntut kena present gimik cmna nk menembak..present dpn kawan2 dan jurulatih ya


gayyaa!!buddy masa kursus SB..sekarang dah tak teruskan dlm AW ni.sedih gugurnya sebutir intan dlm AW

p/s:abg jali xtahu smpai bila boleh bertahan dalam AW ni

abg jali banjer sekeping je..masa ni tgh tutorial.berat menatang ni

alhamdulillah! abg jali selamat menamatkan 2 kursus dalam tempoh 2 tahun..bagi seorang pegawai muda, kursus ini mcm ujian utk uji tahap ilmu ketenteraan kita. maka lepas la syarat utk pemakaian pangkat ke Leftenan penuh hihihi

nak naik pangkat bukan senang ye adik2..even u ols dh ckup kursus dan cukup haul x semestinya akan dinaikkan pangkat terus..pemakaian pangkat adalah berdasarkan kecemerlangan kita dan sumbangan kpd pasukan..nama pon dimaju dan disokong oleh pegawai atasan!

Kenaikan pangkat

alhamdulillah abg jali diberi kepercayaan utk memakai pangkat pada tahun 2015..upacara rasmi dilakukan pada 2016.tabah tempuh perit getir bukan senang..komitmen tu penting..minat dan juga darah satria!

tadaa..persiapan utk pemakaian pangkat. gmbar diambil pada 20 Mac 2016


masa ni 3 orang pegawai dinaikkan pangkat mejar dan 2 pegawai dinaikkan pangkat Leftenan

biasenya dh naik pangkat mesti disusuli dengan aktiviti sakat menyakat..haha..yela kita dh dinaikkan pangkat so ada ler majlis x rasmi utk diraikan bersama kwn2..mcm banjer makan ke karoke ke..tp ada juga jenis yg kt bawah ni..

masa ni majlis kenaikan pangkat anggota bawahan..depa cakap panas kita bg sejuk sikit

ok u ols..rasanya sampai sini je kot perkongsian abg jali mengenai AW..abg jali nk ulang semula ya, tak semua abg jali kongsi disini ckup la sekadar gambaran kasar apa tu AW, aktiviti dan pengorbanan kami..hrp di luar sana mari la join sama2 kita sumbangkan sesuatu pd negara..esok lusa darurat AW juga akan dikerah.

abg jali pon x pasti sampai bila boleh bertahan aktif dalam AW ni memandangkan kekangan kerja yg menimbun dan keluarga..kenalan dlm AW ni silih berganti..yg dah tamat perkhidmatan abg jali masih ingt dlm ingatan agar ukhwah persahabatan kita kekal selamanya.

Thursday, December 7, 2017

Pengalaman Menjadi panel Temuduga SPA Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19

Salam semua tuan dan puan budiman.

Fuh sebok dah abg jali sejak mula melapor diri ni..isu itu isu ini..tapi walau pon sebok Allah bagi rejeki yang melimpuah ruah disebaliknya, dapat bos2 yang baik hati dan budiman..memahami diri abg jali ni yang byk kekurangan.

kadang2 kita x sedar or perasan diri kita ni byk kureng dan tak disukai..sebab tu tiap pagi baca la doa Moga Allah lembutkan hati2 org sekeliling kita agar mereka dapat terima kelemahan kita.


Baiklah...pada blog ini ditulis adalah pada 7 disember 2017 sebuk dah nak PRU 14, pagi-pagi ni lagi buka paper tengok perhimpunan Agung Umno (PAU).maka ramai lah ahli2 politik sedang berhimpun di PWTC sejak semalam.implikasinya ramai la bos2 besar mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama keluarga.maklum la kannn dah hujung tahun...dah hujung tahun ni rata2 rakyat Malaysia ni bercuti dan membalas diri yang sudah penat berhempas pulas sepanjang tahun kan...katanyyaa laa.

ok berbalik pada tajuk entry di atas, abg jali nak share la sikit mengenai pengalaman abg jali dilantik sebagai

PANEL TEMUDUGA BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED 19 DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM(JPA)

dengar macam menarik kan?? yess memang menarik dan tertarik da boommm...boleh timba pengalaman menjadi seorang panel pada sessi ni. oh ya untuk pengambilan ni abg jali dijemput oleh JPA dan SPA untuk menjadi panel sebagai wakil jabatan..dalam sesi temuduga SPA, panel ada 2 orang yang terdiri daripada Pengerusi dan Wakil Jabatan.

Pengerusi??apa tu??Pengerusi selalunya terdiri dari warga kerja SPA manakala Wakil Jabatan adalah terdiri daripada pegawai dimana tempat bakal calon itu akan ditempatkan or dilantik. contohnya temuduga Penguasa Imegresn gred KP19, maka Pengerusi nya ialah pegawai dari SPA manakala panel wakil jabatan terdiri daripada pegawai2 imigresen sendiri.

baik, info seterusnya utk calon2 di luar sana. jika jawatan yang ditawarkan gred N19, maka panel yang menemuduga tuan2 puan2 ialah pegawai yang lebih tinggi daripada gred jawatan yang ditawarkan tu.Dari segi pemarkahan (ini penting!!!), panel SPA mempunyai kuasa untuk memberi markah sebanyak 70% manakala panel dari wakil jabatan pula mempunyai 30% daripada markah keseluruhan. contohnya jika temuduga bagi jawatan Penguasa Bomba gred KB41, maka panel SPA dan panel dari Jab Bomba Penyelamat adalah sekurang2nya gred 44 dan ke atas.disini wakil SPA mempunyai ruang 70% dalam pemberian markah temuduga manala Jab Bomba (wakil jabatan) hanya lah mempunyai 30% shj dari jumlah markah keseluruhan.hehe..So dapat disimpulkan disini, bahawa jika wakil jabatan tu dh berkenan kat calon tu tapi panel SPA tak restu maka calon tersebut bye2..hebat kan?

baiklah, abg nak share apa yang dilihat oleh panel sebenarnya.


Jika tuan2 puan2 yang jadi panel, dah tentu u ols pon nk ciri idaman macam disiplin, kemas, smart, cantik (bonos), berpengetahuan, yakin, bla bla bla....semua nk perfect kan? so sama la mcm kami panel ni..!!

apa yang abg jali peratikan, ramai calon yang tidak buat persiapan!apa tu persiapan? maksudnya u sebagai calon dah tahu dah mengenai jawatan yang ditawarkan.termasuklah gaji, ketua perkhidmatan, bidang kerja dan skop tugas.

kalau nk menulis mengenai pengalaman ni mmg panjang tp abg jali cuba terangkan apa yang perlu u ols perlu tackle dan beratkan.mayb x semua abg jali share kan disini..hehe..sebabnya ada senjata yang perlu uols cari dengan sendirinya..xkan semua abg jali nk bagi kn..ye dok?kalau nk tahu gak banjer abg jali minom teh o beng k.

Baik, abg jali sbg wakil jabatan dapat partner dari SPA, orgnya baik cantik dan sopan santun, umur pon lebih kurang sama..pada mulanya, rasa agak risau sape la partner abg jali spnjang jadi panel kn.yela bila kita nk kerja smart dan senang ia bergantung juga sape partner kita..dapat yang smart n sempoi maka senangla keje kami haha..laju sikit nk decide nk pilih calon mne 1 yg berkenan kan....

utk pengambilan jawatan kali ni, SPA memaklumkan akan melantik seramai 601 org calon dan 1500 org sbg calon simpanan daripada jumlah keseluruhan calon 22,000 orang kot..huhu..ramai kan?yes tu la hakikatnya sektor awam makin diminati oleh umum.

Bagi proses pemilihan calon dan sebagainya abg jali xnak share cuma disini nak beri gambaran bagaimana kriteria yang diberi perhatian oleh panel.oh ya sebelum terlupa, bagi panel dari SPA, panel Pengerusi akan bertanya kan lebih kepada latar belakang diri, sektor awam, pandangan terhadap kerajaan dan isu semasa.manakala wakil jabatan kebiasannya akan tanya mengenai skop dan tugas kerja jawatan itu.kadang2 perasan x Pengerusi banyak tanya..?yes sebab dia pengerusi yang membawa markah yg tinggi.so uols bagi la pemerhatian yg lebih kepada Pengerusi ni..

Kebiasanya ramai yang tertanya2 apa agaknya soalan panel ya?panel garang tak?kacak ke?ehh haha.tp tu la senario bagi setiap calon termasuklah saya dulu.tp sebenarnya tiada soalan pon yang terikat utk ditanya oleh panel.sukahati dia la nak tanya apa.

p/s: teringat dulu kawan share citer dia ditanya solat rowathib ada berapa jenis.now dah posting di Melaka.haha

so sbg calon, abg jali nak share la skit ye bagaimana nak tackle hati penemuduga hingga tersungkur (rujukan utk gred jawatan sokongan jelaaa)

1)Tahu mengenai isu semasa
Ini isu jgn nk main2 ye..make sure u sbg calon alert sekeliling n persekitaran..paling malas pon tgk la berita jam 8pm or baca paper..kadang2 ilmu ni kita dapat bila lepak2 dgn member2 bual isu semasa..style kan?ni jenis paling mls la kot..tp dh style tu bagi abg jali org cerdik2 je pakai haha.

kene tahu apa yg berlaku skrg kat malaysia,banjir kan skrg?kat mana apa semua perlu la tahu.jgn nk menipu tau, panel ni serba tahu sebabnya pada masa tu kami ada laptop depan mata hehe..

utk kriteria dan tips calon yang menarik nt abg share lps ni.skrg fokus pada apa yang perlu dipersiapkan sbg persiapan.


2) Fungsi dan skop kerja Jawatan yang ditawarkan.
utk jawatan gred N19 ni senang citer kerani la..so u kene tahu apa skop2 kerja kerani.mana nak cari tu cuba la google..banyak ada di internet.kena tahu jenis fail terperingkat, warna tulisan rekod fail dan pengurusan mesyuarat.


3)etika dan peranan sebagai penjawat awam
haa...soklan ni selalunya panel SPA akan tanya..ia lebih kepada sbg penjawat awam..apa tu tonggak 12, situasi dan senario, saya yang  menurut perintah dsb


4)Latar belakang
ni sesi awalan bg temuduga.masa ni uols perlu terangkan diri sendiri n kekuatan diri dengan jelas dan teratur..pasal diri sendiri ye bukan pasal ibu bapa or abang kakak. citer la dr skolah hingga pekerjaan terkini.pada masa ini la trigger seseorang calon tu menarik perhatian panel atau tidak.


itu sahaja kot yang boleh dikongsi sedikit persiapan dan gambaran bila nk ditemuduga. seterusnya, tips-tips pada hari temuduga tu lps ni abg jali share sikit ya.


1)Penampilan
sebelum masuk ketuk pintu..buka pintu bagi salam n lemparkan senyuman.pada saat tgk muka panel mesti ada yang gemuruh kan..panel kadang2 sj je dh memang muka dia cmtu..lg pon panel nk pilih sikit je tapi calon yang datang ramai.tu muka ketat sikit haha kadang2 nk kejar jam 8am sarapan pon xsempat.bagi lelaki, pakai la kemeja lengan panjang seeloknya warna lembut2 n terang..pakai neck tie yang labuhnya hingga kepala tali pinggang..kasut hitam n berkilat..ada minyak wangi pakai la..masuk tu penuh dengan semangat dengan membawa aura positif daya penarik..ya!! aura tu penting..1st penampilan.muka confident tahap 15..jiwa besar n tunjukkan keinginan u ols mcm mana juga nak kan jawatan tu kn.

Duduk ada caranya,pada saat ni panel akan tengok dan tenung adakah dia yang aku cari..?duduk tegak dan selesakan diri anda!


2)Persiapan
termasuklah susunan sijil-sijil.ada juga calon yang hanya datang susun sijil2 pakai klip shj..emm nampak ditu persiapan kurang.bukan tu shj, kemungkinan besar sijil2 tu boleh tercicir dik.patotnya datang la dengan sijil2 disusun dengan fail lutsinar dan di tagged dengan teratur dan kemas.bila cantik n kemas panel akan tertarik mcm magnet.ehhh


3) antonasi dan gaya bahasa.
cuba uols sembang2 or peratikan jawapan n tuturan penjawat awam..menarik dan berdiplomasi kn..?so mcm tu la u ols kena train kan diri anda..perhalusi cara menjawab dengan diplomasi dan sesopan yang mungkin.walaupon kita tahu jawapan itu, cuba bagi jawapan yang jelas, berbunga sedikit dan terang.contohnya panel tanya apa yang dimaksudkan dengan tonggak 12??

maka ambil masa 2-3 saat untuk susun ayat sebaiknya.jangan gopoh brother..panel nak tengok u tenang atau tidak.jika tidak tahu jawablah dengan jujur maaf saya tidak pasti.yang tahu jawabla dengan teratur dan jelas.

"tonggak 12 merupakan intipati daripada nilai dan etika dalam perkhidmatan awam yg disentuh oleh Y.Bhg Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji, mantan ketua setiausaha negara sekitar tahun 1992, tonggak 12 terdiri daripada nilai2 seperti blah2...blah2...cenggituuu."


4) jadi diri sendiri
masa ni panel suka tengok karakter calon, dia tengok calon jenis yg mcm mana..jenis loyal ka..melantun ka..tak jujur ka..banyak soklan tricky akan diajukan.contohnya la kan: pegawai arahkan u untuk standby kerja sabtu dan ahad iaitu hari cuti, tapi dalam masa yg sama anak/ibu u sakit di hospital dan perlukan perhatian..so apa respond u?

See...susah kan..so jadilah diri sendiri..jawapan abg jali xmo sediakan.


5)Jangan merayu menagih simpati
yes..calon yang menangis ka..merayu ka..mmg senang2 panel tidak suka sebenarnya.silap2 dapat panel yang keras hati memang terus u ols disuruh keluar.

mengapa perlu menangis?jika nak sekali pon jawatan itu tunjukkan kita komited, jawapan jelas dan keyakinan yang ada.menangis akan buatkan panel meluat.betul.


6) Datang awal dan patuhi masa
haa....calon memang tahu la kene beratur tggu giliran utk dipanggil masuk..tp abg jali nk jelaskan dtg la awal amik mood di situ..jumpa calon2 lain dan beramah mesra la..ini bertujuan utk kurangkan gugup sikit.bila u ols dh smpai SPA tu,akan daftar di kaunter kan.so urusetia akan tulis waktu kehadiran u ols pada nombor giliran tu sebenarnya hehe..misalnya u kena hadir jam 8am, then u hadir pada jam 7.50am so urusetia akan catatkan waktu kehadiran u.

ada juga calon yang berpendapat ramai ni beratur..calon utk jam 8am dah 5 orang, so apa salahnya mai jam 8.15am ka..haa! yang ni memang silap besar...silap2 dapat Pengerusi yang mmg straight dia akan tengok waktu tiba calon..so datang la awal..x susah kan.

p/s: teringat ada seorang calon wanita tu datang hadir temuduga walau baru seminggu lepas bersalin.hmmm


7)Last corner
selalunya penghujung sesi temuduga, Panel akan tanya "awak ada apa2 soalan untuk ditanya??"..ok u ols...ni la saatnya nk tentukan calon tu diterima atau sebaliknya..calon mmg ribu lemon tapi pada saat ni la u kene gunakan 3-5 minit yang ada untuk menunjukkan yg u betul2 nak kan jawatan ini!!

ada ketika calon pada ketika ini akan mengajukan soalan yg mmg dah tahu (ada di web site SPA) contohnya bila result keluar ya?? haii kemon la..bukan ini yang panel mahu! tanya soalan yang betul2 mencabar kepada panel biar dorang tergolek.

atau pun,

bagi la sepatah 2 kata yang mnunjukkan u betul2 mahukan jawatan itu.ada calon yang mmg buat silap pada saat ni..perform sesi temuduga tp pada last corner calon tersungkur disebabkan meluahkan perasaan xpuas hati or melantun yang bukan2..abg jali ada terima calon yang merasakan dah fedup dengan SPA sebab dh banyak kali apply tp masih x dpt, so harapnya dia akan dapat pada kali ni katanya..nampak disitu perkataan fedup je boleh berubah hati panel..turning point pada saat ni menyebabkan hati panel berubah dan letakkan u pada status TB (Tidak Berjaya).

okay la..abag jali nak tegas kan kat sini kabel mmg wujud sebenarnya iaitu KABEL U DENGAN TUHAN.doa la banyak2 agar dipermudahkan urusan dan lembutkan hati panel. kadang2 kita terlepas pandang x semestinya kerja gomen u dh dikira sukses..walhal itu adalah permulaan musibah yg akan berlaku..mana tahu kan..setiap yang Allah tentukan semestinya ada hikmah..tak dapat jawatan tu xpa, bersangka baik Allah nak bagi yang lebih baik daripada tu!


datang awal takdela tersesat kan..ambil mood dulu di SPA ni



ni kedudukan dan susun atur kedudukan panel..tengok pada tanda tu ada Pengerusi dan juga Wakil Jabatan.







Wednesday, March 22, 2017

Perkongsian maklumat: Tips menghadapi temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41!

Assalamualaikum dan salam Negaraku#

Sekarang tagline so kene follow la kan..ok kt sini abg jali nk share sikit tips berkenaan dgn persiapan temuduga PTD..tak lama lagi musim temuduga PTD utk tahun 2017.so ramai kawan2 yg pm tanya minta tips n petua…so rasa mcm terpanggil utk berkongsi tips pengalaman temuduga PTD 2016 yang lepas.

Entry sebelum ni abg jali dh story perjalanan dr exam online smpai la interview, tp lupa pulak berkongsi tips nya!okay kat sini ade la sdikit tips utk calon2 di luar sana mnghadapi hari sebenar temuduga. Semoga entry ni jadi rujukan n panduan, apa2 pun rejeki n ketentuan tu dtgnya dr Allah.kita juz usaha shj!

Secara jujurnya pengalaman temuduga abg jali x byk, sebabnya sebelum ni abg jail stay di sebuah agensi kerajaan utk tempoh 5 tahun dan tak kerja lompat2. Cuma ada la cubaan utk keluar ke tempat kerja yg lebih baik.

Persiapan sebelum temuduga.

Yesss…!! Persiapan bukan seminggu dua dik…sememangnya persiapan bertahun n berbulan yakni kita persiap siaga sahsiah, cara komunikasi dgn team members, tackle hati bos, memahami situasi organisasi kerajaan, memahami cabaran sektor awam, belajar peka terhadap sekeliling!
Semua elemen ni abg jali pelajari dr pengalaman2 lps..pengalaman org nk jatuhkan abg jali, bajet kene cantas, bos suka..bos marah hahaha..semua ni tasic knowledge yg x boleh dibeli melainkan pengalaman! Maklumlah abg jali ni bukan kategori org cerdik pandai so kene belajar dr pengalaman n pengamatan sekeliling. utk persiapan temuduga ni persiapan fail & dokumentasi tu penting! Susun dgn kemas u all punya segala macam sijil akademik n kokorikulum.susun dr peringkat sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tertinggi..lps susun tu rajin2 la diri utk tanda @ tag sijil tersebut, buat isi kandungan..ingat, ni cara anda utk menarik perhatian penemuduga! Nk 1000 daya tak mau seribu dalih. Panel tgk pon kita ada usaha n kerajinan luar biasa kan! Ehh..!

Bila susun bab fail ni teringat bg jali mengalami satu masalah nk letak sijil tauliah Yang Dipertuan Agong sebagai pasukan Simpanan ATM yg bersaiz A3..demmm! tetibe je satu sijil ni saiz dia lain haha..yg ni abg juz pegang pakai tgn je.sebabnya xsempat nk tempah folder khas.

Teringat ada sorang kawan tu dia dtg interview pd hari tu segala macam sijil tak disimpan dalam fail, mengejutkan?dia juz pegang pakai tangan je L hahaha…tp pengalaman dia sgt la manis apa yg beliau cuba lakukan dlm masa menunggu giliran dipanggil tu, dia start motor balik rumah amik fail then patah balik ke SPA jln cerderawasih..smpai je kt SPA dengan kalutnya susun sijil dlm fail dlm keadaan berpeluh2…JANGAN CUBA tiru aksi ini..dan beliau BERJAYA dapat masuk kadet PTD! Hebat kan…bukan semua org boleh tiru lagak aksi begini hahahha..mcm abg ckp kuasa Allah segalanya, dan budak tu pun mmg terbaik dlm kalangan terbaik cuma mayb kurang pengalaman dlm menempuh temuduga. Apa pun persiapan penting ye kwn2 semua.

Sepanjang menunggu hari temuduga, abg jali study berkenaan isu semasa..hari2 baca newspaper, online paper..setiap mlm tgk tv (berita tv3).kena alert situasi sekeliling tau! Cara paling sesuai berjumpa n bersembang dgn kwn2 mengenai isu semasa..cari lah kawan yg berilmiah dan bukannya kwn yg suka menyembang kosong haha (utk temuduga jela). Sambil membaca sambil tu cuba pikirkan cara @ jalan terbaik bg menghadapi situasi ketika itu. Waktu tu, perkhidmatan awam digemparkan dengan isu pegawai KBS seleweng wang RM 1 juta, isu Brexit, TPPA dan dh lupe..hahaha.

Sila pastikan CV anda padat dalam 2 muka surat shj..kemas n menceritakan segala perihal u all ya. CV tersebut mestilah nmpak eksklusif dan kemas..gambar yang bewarna n terkini.
Selanjutnya rajin2 lah berdoa pada Allah, minta mak abah tu doakan sekali..kena ingat mak abah ni sebenarnya nikmat Allah yg luas..selagi mereka ada beruntunglah nikmat doa kita diterima masih ada! Rajin2 lah solat hajat, perbetulkan niat mengapa nk join skim PTD ni..suatu hari kita yg akan memimpin so cuba pkir n muhasabah diri…mengapa..mengapa…mengapa ya?

Bab pakaian pula sini ramai calon yg silap.ladies once u are wearing baju kurung so no need to wear blazer together..kita boleh tgk cara pakai Tan Sri Arpah..baju kurung shj kn? Rosak batik Malaysia bila dipakai bersama blazer. Yang lelaki pula, cuba pakai baju kemeja warna pestel tanpa corak…tie yg warnanya cerah..mmg leceh tp tu la penampilan yg kita nk tonjolkan..ada juga kwn2 abg jali beli baju baru demi menempuh temuduga ni..kasut mcm biasa la…kilat smpai Nampak bulan..pakai minyak wangi.

Paling penting cuba selidik siapa panel kita..masa ni panel abg jali adalah Tn Hj Onn (SPA) dan Dr. Annese (JPA)..bab panel ni u all cuba la study dorg sikit ya! Masa ni semua calon agak2 je no panel tu sama seperti no giliran ahli suruhanjaya SPA, rupanya betul! Sebagai contoh abg Jali dpt panel no 06, tp dlm SPA Tn hj onn panel 05. So calon masa tu beranggapan panel 01 tan sri arpah..so kesimpulannya yg lain kene +1 la utk dapatkan panel sebenar. Ilmu tasic ni penting bg ketahui kemana arah soalan panel yg akan bertanya..kebetulan Tn hj Onn adalah bekas DBKU so kene la tahu berkaitan PBT dan kutipan hasil PBT.

Hari temuduga

Pagi hari temuduga cuba bangkit awal, solat hajat n dtg awal..amik sarapan sikit nanti takdelah pucat sgt..call mak abah dlu okay!baca paper  skaliiiiii….

Sampai awal boleh recce surrounding SPA dlu..masa ni abg jali iv di HQ putrajaya..parking dh dapat so panjat la bangunan SPA tu.sambil menunggu tu sempat2 la diri berbual dgn calon lain..masa ni boleh hilangkan nerves n berkongsi sedikit maklumat..pada hari ni kelihatan semuanya segak2 n tampan2! Abg jali percaya yg dtg semua ni dh melepasi assessment n exam yg merupakan saringan ketat! Pada fasa ni 50:50 shj..bergantung pd rejeki n last lap usaha!
No giliran berbunyi..ding dong!! Xsilap abg jali calon ke tiga.
Ok berbalik pd pintu nk masuk iv…ketuk pintu dgn kemas n bagi la salam..minta izin nk masuk ya. Bila dh masuk senyum.
Pada waktu ni level confident anda perlu letak pada tahap 100% tanpa gagal. Duduk lah shingga panel beritahu..pass segala bagai sijil pd panel dgn genggaman kemas..TAK PERLU berjabat tgn kecuali panel yg mnghulur tangan.

Bila dh duduk tu,  pastikan kedudukan kaki selesa.. tak perlu silang kaki…duduk tegak tanpa sandar..postur bdn sgt la penting dlm membina keyakinan diri..masa ni abg jali perasan, dalam beberapa saat (10-13 saat) kedua panel perati tajam keadaan abg jali.
So jawablah dengan tenang, ringkas n padat..tak perlu la smpai ke bulan. Jwb apa yg patot! Pada ketika ini panel akan cuba memahami calon, dimana kekuatan calon semuanya berdasarkan pd latar belakang u all la..masa ini abg perkenalkan diri sebagai student yang mempunyai ilmu tanah hehehe..walau pun abg jali mempunyai 2-3 latar belakang tp cuba focus kpd 1 shj..walaupun abg jali mempunyai pengalaman dalam penguatkuasaan selama 5 tahun dan juga merupakan pasukan Wataniah yg masih aktif namun abg jali cuba alihkan panel kpd kekuatan lain iaitu ijazah sarjana muda pengurusan harta tanah! Abg jali dh tau dah semua ADO di negeri bersekutu adalah terdiri drpd skim PTD, dan abg jali yakin tak ramai yg ada kepakaran n pengkhususan tanah ni.

Walau pun kita dh byk pengalaman even dlm gov or private sektor, ingat lah jgn sesekali meninggi diri dan bercakap besar.biar sijil n tindak tanduk anda menggambarkan semuanya..sijil SBPA dh ceritakan abg jali ada background askar..tp yakin lah mereka tak cari askar Cuma mencari elemen A.S.K.A.R  (attitude, skills, knowledge, adaptability, resilience).

So bila abg jali stress mengenai tanah maka panel SPA ni pon bertanya berkenaan PBT (rujuk entry sebelum ni apa soalan2 nya) Nampak tak? Soalan adalah begantung pd latar belakang yg cuba anda tonjolkan. Then panel kedua pon tanya mengenai “bagaimana cara utk meningkat semangat patrotik dikalangan belia memandang u seorang pasukan simpanan ATM”.semuanya bergantung pd sijil n latar belakang.

Abg jali bernasib baik sbb tak di provoke..bila panel provoke, u all jgn melenting..senyum n cuba jawab dengan penuh diplomasi dan padat..confident tetap pd level 100%..percayala panel just nk tgk kita ni jenis mcm mana je..kalau tak tahu jwpn jawap la dengan jujurnya ‘ patik kurang periksa’ hahahaa.

Jgn buat panel mcm kawan kita..ingat kita temuduga ya..bukan sembang kosong..walaupun u all ada kaitan dgn YB or org kenamaan ke, please3 jgn sebut sama sekali..diharamkan! kita dtg atas kapasiti sndiri..panel semestinya meluat dan pndang negative pd kita!

Bila dipanggil, sahut dgn semangat..ya tuan! Ya Dr. ! (study dlu panel ni gelaran apa ya)
Sepanjang sesi ni, senyumlah walaupun pahit..walaupun cuak level 17. Sebagai penjwat awam, u adalah bakal frontliner yg akan berhadapan dengan segala mcm bentuk masyarakat. Pandang tepat pd biji mata panel..pandang dgn yakin dan semangat sebagai mana kita ingin mengisi kekosongan jwatan tu.

Setelah tamat sesi iv, panel biasanya akan tanya sekiranya anda terplih, kementerian mana yg ingin di tempatkan..so soalan ni agak trick sebenarnya. Jwb la dgn diplomasi, saya tak kesah walau ditempat mana2 Cuma jika diberi pilihan bla la bla..
Dah selesai tu, bangun amik sijil dr tangan panel n terus ke pintu keluar..sebelum last tutup pintu pandanglah last wajah panel n senyumlah.panel masih memerhati sebenarnya.

Selepas temuduga

Sepanjang waktu ni, waktu utk bermuhasabah..n bertawakkal…berdoalah keputusan yg terbaik..yakni apa keputusan lulus atau gagal ianya merupakan terbaik utk kita..tak semestinya lulus menjadi PTD adalah jln terbaik, mngkin ia mndatangkan keburukan masa hadapan..siapa tahu kan? perancangan allah tu baik dan rejekinya luas.

Tu shj tips yg dpt dikongsikan..semoga ianya boleh dijadikan panduan kpd semua calon!











Thursday, March 16, 2017

keputusan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

alhamdulillah syukur...

rejeki x disangka2..

1st of all, i nk mohon maaf ramai yg tertanya keputusannya..sory en jali sgt bz menjalani kursus DPA di INTAN..lg 2 bulan lg nk abes dh..sy doakan calon lain semoga berjaya hendaknya..

agak seronok sebenarnya kursus DPA ni..namun org ckp mati hidup semula pon xmau dh join kali kedua kursus DPA ni..kursus ni merupakan kursus yg paling lama di intan..terus utk pengesahan jawatan

tahun ni pulak kami diterbangkan ke sarawak negeri bumi kenyalang untuk menjalani modul luar..boleh bayangkan brp byk gov dh labur utk kami seramai 384 org kadet ya..setakat ni kadet dh jadi 382 org..yg terbaru ade juga yg postpone disebabkan masalah kesihatan dan termengandung..ehh!!

trima kasih boss..beliau sgguh baik walau kenal xsampai setahun..die pesan nt jd org besar boleh patah balik ke ofis ni..ehhhh


oleh kerana lg 2 bulan nk tamat kursus ni..tp xsalah sy kongsikan kpd yg lain sebagai pembakar semangat utk join ke skim PTD..kami menempuh modul akademik dan modul luar selama 10 bulan lamanya..kadet dibahagikan kpd 2 kumpulan besar G1-G3 dan G4-G6 untuk menjalani kursus luar...keseluruhannya kami dibahagikan kpd 6 group kecil..so En jali dpt la group yg diterbangkan ke srwk dahulu selepas menjalani 13 mnggu (kalau x silap) modul akademik.selepas 3 bulan 2 mnggu di srwk maka kami pulang ke intan utk sambung semula modul akademik hgga la skrg.


bila nk huraikan modul akademik ni, mmg payah la kan..pakcik ni dh la tua..bljar lmbt sikit nk pick up kalo bandingkan yg lain2 masih muda n cerdass..setiap 2 mnggu subjek akademik akan berubah..so u kena tuned otak tu laju sikit hahaha..contohnya 2 mnggu ni modul ekonomi..so segala mcm presentation,assignment n group discussion ada..lps tu tukar modul lain plak then lg 2 mnggu tukar modul lain plak..stress kn?

tp apa pun semangat sy sentiasa ada disisi..dialah membuatkan sy terus membara..siapa tu?
doa mak & abah..antara sumber hajat yg dimakbulkan.


si kecik comel ni..masa ni en jali dh fly ke srwk..pic ehsan isteri


ini lah kami sebelom berlepas ke srwk .pada masa ni stress xsbr nk buat outdoor.



gmbar ni lg awal rasanya..br sebulan lapor DPA..semua muka jambu rambut pnjang hehe.

so tibalah waktunya kami fly ke srwk iaitu pd 21 okt 2016 (seingat aku ler)..waktu ni sedih nk meninggalkan kluarga..cik civic etc..namun dh kita pilih jalan ni..so move on jela..3 bulan 2 mnggu utk modul SIP dan modul pengukuhan diri (askar, bomba, polis)

Modul SIP: 1) modul SEP a.k.a attached agensi negeri utk 2 minggu
                    2) modul SPP a.k.a attached agensi persekutuan 3 minggu
                    3) INTRADE a.k.a CSR kampung2 pedalaman 2 minggu

modul pengukuhan diri: 1) polis utk 2 minggu
                                       2) askar utk 2 minggu
                                       3) bomba utk 2 minggu

so total 3 bulan 2 mingguuuuuuuu...berpeluh juga..di srwk ade juga assignment yg perlu disiapkan sewaktu mnjalani modul SIP.



inilah dia intan srwk, kota samarahan.


so perjalanan cerita di srwk agak pnjg..mgkin sy akan share liku2 seterusnya selepas ni..niat sy satu je..bg rujukan kpd rakan2 lain dan juga sebagai pembakar semangat kpd lain yg berminat join skim ptd.

sekian.




Tuesday, June 7, 2016

Pengalaman exam, assessment dan interview PTD 2016 owesome~~~!!

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
sbnrnye en jali saje nak share pengalaman dan tips sepanjang mengharungi cabaran utk jadi PTD ni..yeszaa bukan senang..bak kata jurulatih palapes aku dulu Sjn Amir "Bukan senang nak senang skuadd!!'

1st skali nk ucap terima kasih pada reader yg sudi singgah ke blog aku yang agak dan sgt usang hehehe..maklumla org lama yg xreti blogger.so bila terkenangkan kembali liku2  azab nk jadi PTD ni so aku gagahkan jugalah utk share pengalaman..insha allah ganjaran allah berlipat kali ganda kan..semoga kita semua terpilih.ameennn

semuanya bermula sejak aku memasang niat nk pergi umrah sekitar ogos 2015..masa tu aku n wife berhajat nk ke tanah suci mekah..bila kami berdua dh setuju dan tetapkan tarikh bulan dis 2015 utk ke sana..tup2 wife disahkan hamil.alhamdulillah ya allah sungguh besar nikmat Kau Ya Allah.penantian hampir 3 tahun beb..perancangan allah tu sungguh cantik kan..

nak atau tak kami gagahkan juga ke mekkah..maklumla bini mula2 hamil ni macam2 ragamnya..lemah n xterdaya..kesian tgk dia tp bisik juga kat dia.."ingat,rejeki allah luas..kita ke sana untuk panjangkan syukur pada Dia" terus wife semangat n sehat..hehehe.

ok, aku xmau la citer pasal kt makkah n madinah sbbnya kat sana kalau nk story mmg panjang la  kan! cuma nk gtau sepanjang kt sana mmg aku berdoa n panjangkan syukur atas segala nikmat yang allah kurniakan..masa tawaf n sa'e, aku selalu doa 1)nak baby boy 2) nak jadi PTD tahun dpn (2016) 3)dimurahkan rejeki 4)lain2...ada juga kawan aku yg kirim doa kat sana so aku bacakan la demi kwn baik tu.

okay sekembalinya ke malaysia pada 4 jan 2016,aku pon start keje pd 6 jan 2016,buka emel then dpt emel dr SPA utk duduki exam pada 10 Jan 2016..wowww!! study pon xsempat rasanya tp sondol jelaa..

ohya...bg mereka yg ingin menjadi PTD korang akan melalui 3 fasa penapisan iaitu:
1)exam online
2)assessment
3)temuduga

exam online

pd malam nk jawab exam tu cm biasa la..balik umah abah sebab internet laju tahap dewa..sanggup tu dtg dr sg buloh ke bangi demi exam..exam ni ada 3 paper..1)pengetahuan am 2)daya menyelesaikan masalah 3) intigriti.hehe.keputusan?alhamdulillah!

yahuuu!masa ni bukak email muka mcm biasa je


assessment

ok next aku pon terima email panggilan utk assessment



fuyyooo!! seb baik aku dapat kat INTENGAH shj..ade kawan2 tu dpt smpai ke IKWAS.ada yg INTURA...jauh tu beb kalau nk travel dr kl..emmm syukur...

so hari yg ditunggu pon tiba 17-18 februari 2016..aku siap ambil cuti 2 hari..persiapan rapi aku dh buat..mana tak nya,utk assessment ini calon akan diuji dgn 5 modul:
1)Ujian Kecergasan Asas - beep test,sit up,genggam tangan dan BMI..kalau BMI lebih 29 otomatik dipersilakan balik huhu

2)Exam penulisan BM dan BI- masa ni kami lepas je UKA terus masuk ke dewan utk jwb exam..dh penat belari terus exam tu..fuhh cabaran2x
kalau UKA lps, calon akan dpt sticker mcm ni utk sit down exam


3)Perbincangan kumpulan - pada sebelah malam pula kami dibahagi beberapa kumpulan dan diberikan situasi kapal nak karam..setiap ahli kumpulan diberi watak masing2..so masing2 debatlah sape perlu dikeluarkan segera drpd kapal karamm..antara watak yg ada ialah kapten kapal,jurutera,tukang masak,komando,ibu mengandung,jururawat,ahli bina badan dan ape lg ntah aku dh lupa..
sebelum perbincangan dalam kumpulan bermula


4)pengucapan awam BM dan BI - calon diberi tajuk macam2..hehe..dpt tajuk pd malam sebelumnya iaitu selepas aktiviti perbincangan kumpulan.so lps je dpt tajuk masing2 balik bilik..ada yg rest..ada yg study..mcm2 ragam.

5)group discussion BI - kami dalam 1 kumpulan ada la kot dlm 10 org..panel bagi 1 isu dan tajuk..so masing2 bg idea n debat isu tu..masa tu group aku dpt tajuk "Malaysia towards 2020"


then, lepas tu kami pon balik setelah penat memerah otak selama 2 hari..ada yg tak tido kot utk prepare pengucapan awam dan public speaking..aku?lps je dpt tajuk malam tu aku balik bilik terus tido jam 11pm, bangun pon lewat dalam jam 6.30am..ape pon x study..dpt roomate otai pula tu..dia pon 2 x 5.haha


100k calon duduki exam akan ditapis jadi 6k calon..so drpd 6k calon akn melalui assessment utk ke peringkat temuduga.



so hari keputusan assessment yg ditunggu2 telah pun tiba
lulus!syukur alhamdulillah..!


woww hepinya..terus maklum pada mak abah & wife..ape pon pd masa ni tinggal peringkat temuduga shj..mcm2 boleh jd lps ni..persiapan rapi perlu aku susun n laksanakan.SPA pon keluarkan statistik kekosongan n calon yg dipanggil temuduga


fuyyooo...drpd 6k calon ditapis jadi 2210 orang calon



nak atau tak aku kena la study hard..baca paper tiap pagi tu..asal ada je isu terus study..tepat jam 8pm adalah masa aku mengadap tv3 mengikuti perkembangan terkini hihi..masa ni pelbagai isu timbul..pengeboman di Bassel, isu integriti pegawai KBS songlap 100J dan isu perumahan mampu milik.

aku yakin semua calon yg hadir masa temuduga semua yg power,kacak n fit..maklumlah dorg sume dh lepas assessment kan..so peringkat terakhir adalah peringkat temuduga..

pada hari temuduga

tarikh 1 april 2016 adalah tarikh keramat aku..hehehe..hari penentu setelah pelbagai cabaran dh aku tempuh..waktu ni shj aku perlu buktikan pd diri sendiri utk ubah nasib dan maju dalam karier..yelaa...dh 5 tahun beb aku servis dlm badan berkanun status kontrak..inilah masanya!

doa mak abah n isteri aku percaya sentiasa mnjadi pendorong aku..walaupon pd masa tu, cuak smpai level 10 tp muka kena cool beb..gayya kene 100%.muka confident hehe

pagi tu aku bangun awal jam 4 am..tahajjud-solat hajat dan baca yassin..agar diri ni kuat yakin dan segalanya dipermudahkan..doa dr mak abah dh lama aku pohon agar menjadi peneman aku semasa mengadap si penemuduga

jam 7am dh smpai SPA putrajaya.aku calon yg ke 3..ok la tu xde la tunggu lama sangat nanti kecut perut hehe.

aku percaya panel pon bukan calang2 orang beb..dia dh jumpa beribu ragam manusia..yg menipu,membongak, yg jujur mcm2 la kan..calon akan ditemuduga dgn 2 org panel iaitu panel dr SPA dan seorang lg dr JPA..so panel utama aku adalah TUAN HAJI ONN BIN ABDULLAH dan panel kedua adalah DR. ANNESSE kalau xsilap.

ting tong..nombor aku pon naik..mak aih nervous beb!langkah diteruskan ke bilik panel.

buka je pintu kelihatan 2 orang panel senyum menyambut ku..hehe serius panel aku cool je..muka tenang dan takde pon muka bengis..

1)sila perkenalkan diri anda
2)apa isu semasa yg hangat diperkatakan?apa penyelesaiannya?
  - isu perumahan mampu milik.dimana skrg susah nk dptkan rumah.so aku ckp la gov dlm usaha menyediakan perumahan mampu milik cuma halangan yg tinggal adalah pembiayaan kewangan drpd institusi kewangan..blah3..so aku cadangkan lah perlu ada satu tabung @ dana bagi menampung mereka yg benar2 xlayak buat loan.cukup sekadar menampung deposit.hehe..2 mnggu lps tu idea aku pon keluar kt tv!PM umumkan myDeposit kpd pembeli pertama..wallawehh ahahaha.

3)apa lg isu semasa skrg?apa penyelesaiannya?
 - Isu pegawai KBS songlapkan wang kerajaan 100J!..fuh disini aku bg la beberapa idea yg agak stended mended je. 1)pekerja diwajibkan isytihar harta setiap 3 tahun dan jabatan perlu semak senarai harta pekerja yg telah diisytiharkan.perlu ada team taskforce la kot utk spot check dorang ni. 2)pusing ganti kedudukkan pegawai yg terdedah dgn unsur2 rasuah pd kadar yg tinggi..selalunya kedudukan subvertif pegawai yg hot ni perlu kerap ditukarkan. 3)wujudkan ujian tahap integriti dikalangan penjawat awam setiap hujung tahun..hahaha

4)kalau anda terpilih utk jadi kadet PTD,kementerian mana yg anda pilih utk posting?mengapa?
-soalan favour ni..aku dh agak mesti dia tanya beb..aku yakin semua calon nk posting kem pertahanan la,KPDKK,KPKT, MOHE dan sebagainya..tp aku lain...aku jawab nak posting ke Pej setiausaha kerjaan negeri..kah!!panel pon terdiam...lps tu dia gelak..amboi mahu ke SUK selangor ka tu?maklumlah skrg bertugas di selangor..aku pon ckp la knp aku nk ke SUK....

5)jika anda jadi S/u atau YDP majlis perbandaran klang, apa yg anda ingin lakukan?
-terus aku teringat bos lama aku..haha..skrg jadi s/u di Mjlis perbandaran Klang.masa ni aku xde idea sgt..tp bantuan allah tetibe idea tu dtg xsempat nk rest terus ja ckp 1)saya akan menyediakan pelan strategik Mjlis Pbndaran Klang bg memastikan MPK akan dnaiktaraf menjadi sebuah majlis bandaraya dalam tempoh 3 tahun..blah3....hahaha 2)menyediakan pelan pengurusan risiko yg komprehensif bg memastikan segala bentuk risiko sbg PBT dpt dikuarangkan dan diuruskan dgn baik..3)mcm biasa la..meningkatkan kutipan hasil kutipan PBT

6)dalam PBT,hasil apa yg paling lumayan

panel kedua

7)apakah langkah2 untuk meningkatkan tahap patriotik dikalangan belia?
8)apakah yg dimaksudkan dgn IM4U

soalan last Tn HJ Onn, kenapa esei BI anda lemah.aku pon ckp la sbb apa..sbb pnt kot lps UKA terus sit down exam hihi

*ada lagi beberapa soalan yg aku dah lupa..jawapan aku pon sbnrnya agak pnjg tp straight to the point.

alhamdulillah selesai.xde soalan provok..semua dlm BM.anggaran masa adalah sekitar 30 minit (9.10am - 9.40am).dari segi soalan ditanya oleh penel,jelas sekali isu itu kita sndiri yg akan lontarkan..so beware sebelum menjawab ya!

keluar je dari bilik tu terus aku ajak kawan aku Wak D bukan nama sebenar kat kafe bwh..dia pon sama iv dgn aku cuma panel je lain.so lps je mkn minum,kami pon balik nak kejar solat jumaat pulak lps tu.

sekian,pengalaman drpd exam hingga ke iv..

PERANCANGAN ALLAH ITU SUNGGUH CANTIK